Ahad, 19 Jun 2011

Kesukaran yang semakin pudar...

Semakin hari perasaan sayang ku semakin menebal terhadap suamiku..Aku dapat merasakan segalanya semakin pulih..Dahulu begitu sukar untuk kami bertemu sejak peristiwa terbongkarnya kisah kami dan ikatan kami..Betapa maha hebat ujian yang kami lalui..Dan apa yang aku rasa dan lalui memang sukar..Kata orang sebagai isteri muda memang kita kena menerima apa sahaja tohmahan dan menerima segalanya kerana siapa suruh mengambil hak orang..tapi apa yang aku rasa dan lalui mungkin mereka semua tidak pernah tahu dan mengerti..Ramai orang mengatakan isteri muda "perampas"..Benarkah??..Situasi ini pernah aku alami..Keadaan ini pernah aku rasai..dan perasaan bersalah yang melanda agak sukar untuk aku luahkan..Hanya Allah yang mengerti...

Saat ini perasaan ku memang berbelah bagi, antara rasa sayang terhadap suamiku berlawanan pula dengan rasa bersalah yang semakin menebal terhadap madu ku, orang tua ku dan juga diri ku sendiri..Aku bermain dengan bermacam konflik...Aku cuba dan mencuba untuk meleraikan segala konflik yang melanda tapi aku tak mampu..Semakin hari sayang ku semakin menebal..Oh, Tuhan saat ini betapa maha hebat ujian yang melanda...


Lepas satu dan satu, sehingga aku mmendapat kekuatan dan memperolehi keyakinan pada diri ku sendiri, buat apa harus aku lakukan dan fikirkan sesuatu yang bodoh sehingga merosakkan perhubungan kami..Aku harus menerima kenyataan ini dan berdiri di bumi yang nyata bahawa aku memang benar menyintainya, menyayanginya dan segalanya telah tersurat aku memilih suami orang walaupun cuba untuk mengelak namun segalanya semakin dekat dengan ku...

Aku terima dengan redha jika ini sudah KetentuanNya..Sekarang, aku menjadi hak milik suamiku..Tiada lagi konflik yang bermain di fikiran dan hati ku dan juga diri ku..Kuserahkan segala jiwa dan ragaku untuk suami tercinta..Dan aku bersyukur kerana segala kekusutan yang melanda kami semakin pulih..Insyaallah..Sekarang kami sudah sering bertemu..Aku tenang melalui hari-hariku dengan kuliah ku dan anak-anak dan juga suamiku...

Ya Allah , kau perkenankanlah doa hamba mu ini, Berikanlah kami kebahagiaan dunia dan akhirat dan permudahkanlah dan barakahkkanlah perjalanan hidup kami dan juga rezeki kami sekeluarga..Amin Ya robbal Alamin...Insyaallah!!!

Isnin, 28 Jun 2010

Alhamdulillah....

Haish..dah lama aku tak mencoretkan sesuatu yang menggembirakan, beberapa hari dan minggu yang lepas asyik kisah sedih saja yang aku post kan di blog aku..Hari ini aku rasa nak mengpost kan entri dan kisah suka pula.

Kata orang duit dan kemewahan tak menjanjikan kebahagiaan, betul ke???Ada betul dan tidak pada pendapat aku.
Ada duit banyak tapi orang yang kita sayang tiada disisi apa ada rasa??tak best kan...

Tiada duit banyak tapi orang yang kita sayang sentiasa ada disisi apa rasa??Best kan...

Pada aku kedua-duanya penting, tanpa duit kita susah nak bergerak dan tanpa insan tersayang memang hidup tiada bermakna.

Susah macam mana pun jika ada insan yang tersayang disisi memang rasa kurang beban yang ditanggung..Susah dan senang sama di tanggung.Betul tak??Baru la bahagia hidup, sama-sama saling membantu..

Sebagai seorang isteri,teman, kekasih, kawan kena sentiasa memahami dan cuba memberi semangat kepada pasangan..Itulah yang aku sedang lakukan sekarang ini.Berkat doa dan kesabaran Insyaallah segalanya akan kembali pulih..

Kata beberapa orang pakar motivasi hati dan minda ini ada kuasa magnet yang kuat.Pada aku memang benar kenyataan itu, sebab dah banyak kali berlaku pada diri aku sendiri...

Bermula semalam petang, aku memang dapat agak lunch hour suami ku tak datang ke pajabat seperti biasa, memang tepat jangkaan ku,..dan dalam masa yang sama hati dan mindaku bersatu merasakan yang suamiku akan muncul petang nanti di Taman tempat aku selalu bertenang bersama adik-adikku..

Memang betul jangkaan ku, aku nampak kereta suami ku dan kami bertemu di Taman minum petang bersama dan bercerita sehingga ke malam.Esok suamiku akan bersama dengan aku lagi..Alhamdulillah

Pagi-pagi rutin ku seperti biasa, menghantar anak-anak kesekolah kemudian aku terus pergi kerja, tatkala melalui jalan rutin ku,aku lalui jalan-jalan kenangan aku bersama suami tercinta satu ketika dahulu, dan lagi sekali hati dan mindaku bersatu terkenang saat dulu aku yang mempunyai banyak masa bersama suami tercinta, minum pagi bersama,dan aku rindu saat itu.Alangkah bahagianya jika pagi begini aku dapat minum bersama suamiku sebelum memulakan kerja di pejabat.

Owh,alhamdulillah saat aku masuk parking secara tiba-tiba suamiku muncul dan masuk ke dalam keretaku..Ya Allah terima kasih tidak terhingga ku ucapkan kerana Kau telah perkenankan doa ku...Berkat solat subuh dan doa selepas solat subuh...Doa ku telah dimakbulkanNya...Amin....Kami dapat minum bersama hari ini setelah berbulan lamanya kami tidak berpeluang minum bersama kerana kawalan ketat dari maduku sehingga sukar suamiku untuk bergerak bebas.

Aku tak sabar menanti sehingga habis waktu kerja hari ini kerana suamiku telah berjanji hari ini dia akan meluangkan masa bersama aku......Syukur tidak terhingga terhadapMu Ya Allah...

Ahad, 20 Jun 2010

RINTIHAN KU ISTERI MUDA...

Dari awal perkahwinan aku rasa aku yang banyak mengalah..Mengalah dengan isteri pertama.Sebab????perkahwinan kami secara senyap....hanya orang tertentu dan teman rapat sahaja yang mengetahuinya.

Tapi bila rahsia perkahwinan kami terbongkar dan isteri pertama mengetahuinya habis segalanya,suami ku susah nak berjumpa dengan aku dan anak-anak...duit perbelanjaan pun semakin kurang, aku terpkasa berjimat cermat.Aku dan suamiku jarang berjumpa, apatah lagi setelah telefon dan panggilan keluar dan masuk semua telah di kawal oleh isteri pertama, tapi aku tetap sabar...Aku tak melatah, aku terima dengan redha mungkin ada hikmah disebalik semua ini...ada masa sampai seminggu aku tak dapat jumpa dengan suami ku sendiri...duit belanja yang ditinggalkan terpaksa aku jimat-jimatkan....sudah 3 bulan keadaan ku begini...

Jumpa suami waktu lunch sahaja..sebab aku sudah mula kerja semula untuk menambah pendapatan.Kerana kesukaran suami ku...tapi cukup ke wang perbelanjaan ku dengan aku,anak-anak dan keperluan pelajaranku....Dari segi masa pula...masa aku bersama suami ku???masa anak-anak bersama suamiku???aku kerja,belajar dan masa dengan anak-anak..tapi suami ku???owh hanya waktu lunch..aku jadi runsing..

Dulu,aku tidak bekerja masa aku hanya untuk suami,anak-anak dan study....tapi sekarang bila dah bekerja masa memang kurang..apatah lagi masa bersama kawan-kawan....aku rindu kan saat dulu satu ketika dulu,aku mudah ke sana ke mari bersama suami ku...aku ada masa dengan rakan-rakan ku..tapi sekarang semuanya sudah terbatas....

Jumpa dengan suami sekejap tapi bila jumpa nak marah dan gaduh aku mengalah...membawa diri untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan...Hari ini aku memang dah janji dengan kawan-kawan ..memang pagi tadi suami ku ada datang ke tempat kerja tapi aku ingat perjanjian ku tidak jadi, then bila dah nak sampai tgh hari rupa-rupanya jadi..Aku cuba menghubungi suamiku untuk beritahu jumpa di tempat aku dan kawan-kawan ku then aku nak suamiku join sekali sebab aku dah lama tak happy hour dengan suami ku dan kawan-kawan ku..tapi sampai di tempat itu suami ku marah-marah dan meninggikan suara....Aku yang memang nak berterus-terang dan tell the truth terus jadi sedih dan menangis....

Tiada peluang langsung untuk explain what happen...selama 5 hari kami tak jumpa,memang banyak benda yang berlaku sepanjang dia tiada di sini dan selama 5 hari kami tak jumpa..Memang aku nak bercerita dengan suamiku apa yang berlaku selama 5 hari kami tak jumpa tapi tak berpeluang langsung.yang dia tahu marah dia...tapi susah aku???anak-anak aku menghadapi semua ini tidak di kira...hati aku dan perasaan aku??apa yang aku inginkan ada dia tanya???aku cuma nak hidup macam dulu..bukan kemewahan tapi aku nak aku dan suamiku ada masa seperti dulu, ada masa dengan anak-anak aku walaupun sekali dalam seminggu...mudah berjumpa dan dihubungi..Banyak kali aku hilang arah bila aku di landa masalah dan suami ku pula sukar untuk di hubungi...Owh betapa aku rasa sukarnya hidup bermadu..tapi aku terpaksa redha sebab aku telah memilih jalan begini..dan aku sayang suami ku walaupun dalam susah dan senang....

HANYA DIKAU SUAMIKU...

Khamis, 17 Jun 2010

Kesabaran seorg isteri muda....

Aku tau ramai org cakap isteri muda ni selalunya jahat, suka menghasut suami supaya benci isteri pertama, dengki ,tamak dan selalunya isteri muda ni dipersalahkan dan diburukkan...aku rasa ada betul dan ada salahnya, tapi tak semua isteri muda ni sebegitu rupa..

Aku sendiri ingin berkogsi pengalaman ku sebagai seorang isteri no2..ya!memang isteri no2 ni selalu digelar perampas .perampas suami orang tapi kalau kita faham dari segi hukum nya tak salah jika seorang lelaki mampu untuk berkahwin lain, dan kalau kita fikirkan semula ..betul juga apa yang selalu orang kata jangan terlalu membenci dan tidak menyukai sesuatu nanti ia akan berbalik kepada kita..

Banyak yang aku nak kongsi dan nyatakan di sini tapi aku tak tau harus dimulakan dari mana dan yang mana dahulu..saat ini idea memang terlalu banyak mencurah-curah tapi mata ku ini seperti tidak mengizinkan aku dari terus melayari blog ini..Akan aku sambung di entri lain esok..Akan aku sambung kisah ini di entri lain esok..Insyaallah....

Ahad, 16 Mei 2010

Sampai bila....

Agak lama aku meninggalkkan blog ku ini..bnyk perkara dan peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini..saat aku menaip untuk mencoretkan titipan di blog ku ini betapa banyak airmata yang menitis..mengalir keluar tanpa ku pinta..airmata yang menjadi peneman setia di kala aku sendirian..kesedihan yang melanda memang tak dapat di bendung lagi..setiap saat dan masa fikiran ku hanya untuk suamiku..Aku semakin sukar untuk menghubungi dan menemuinya..memang aku kelihatan tenang dan masih boleh mengukir senyum untuk semua orang..tapi tahukah mereka semua derita yang ku tanggung????sendiri menahan hati..menahan sakit..menahan kesedihan..demi anak2 aku berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku..demi menjaga kedua orang tua ku..aku masih seperti biasa menahan semuanya sendirian...menangis sendirian...menahan kelaparan demi untuk berjimat cermat...menahan segala keperluan demi perbelanjaan anak2...tp sampai bila???sampai kedua orang tua ku perasan akan kesusahan ku....aku tak mahu mereka semua tahu..aku tak mahu kedua orang tua ku susah hati demi aku lagi...Memang semua ini mengganggu pelajaran ku..aku jd runsing dan termenung...aku jd murung bila bersendirian...tidak dapat tidur malam...Ya Allah sampai bila semua ini akan berakhir???Berikanlah aku kekuatan untuk menempuh semua ini....Kembalikanlah keadaan seperti sediakala semula...Permudahkanlah perjalanan hidupku dan suamiku.....Untuk suami yang kucintai sememangnya sayang amat memerlukan abang...begitu juga dgn ank2.....

Jumaat, 2 April 2010

Rajuk sampai ke petang kerana Pizza....

Hari jumaat bersama suami tercinta.Hari ini aku habiskan masa bersama suamiku yang tercinta.Dari pagi kami minum sama, sembang-sembang,borak-borak,sambil buat kerja sekolah ku..Ops,aku seorang isteri yang masih menyambung pengajian lagi.Dalam masa beberapa hari lagi aku akan menghadapi mid term exam,dan disebabkan rasa kasih,cinta,sayang,tggungjwb,prihatin suamiku turut membantu isteri yang dicintainya ini membuat ulangkaji sampai perut masing-masing terasa kosong minta diisi.Aduh,aku malas nak keluar dan memang anak tekak ku seperti teringin makan pizza sebab dah lama kami tak makan pizza, jadi atas rasa sayang suami ku yang tercinta telah menelefon pizza hut delivery terus sampai depan pintu...Masa pesanan dilakukan suami ku ada memberitahu minta sos cili extra kerana suami ku sayang memang amat mengerti dan memahami secara arif bahawa isteri kesayangannya memang suka sos cili tak boleh sikit mesti nak banyak...

Ting..Tong..loceng berbunyi..Pizza hut sampai di depan pintu....Aku pula sudah ketepikan semua buku dan memasang movie pula sebab planning nak makan pizza dengan suami tercinta sambil menikmati movie.

Buka pizza dan hampa hatiku kerana apa yang aku minta dan inginkan tidak diberi,sos cili di beri cuma 4 paket..Mana cukup sebab aku suka makan pizza dengan sos cili, yang banyak sos tomato pula..Aku bukan budak kecik nak makan dengan sos tomato.Terus hilang selera aku nak makan pizza sebab tiada sos.Nanti kalau tengah makan tup!tup sos cili tak cukup lagi buat aku hilang selera juga, so baik aku tak payah makan langsung.Rasa geram betul aku dengan orang pizza ni..Kesian suami ku dia sanggup keluar belikan sos cili sebotol untuk aku, walaupun aku melarangnya kerana buat apa keluar pergi beli tiada guna sebab aku dah hilang selera nak makan pizza, tapi kerana sayangkan isterinya yang seorang ini suami ku yang tercinta tetap pergi beli.

Aku pula sambung mengulangkaji di sofa dan terus terlelap lantas suamiku balik dari membeli sos cili kejutkan aku yang tidur di atas sofa supaya tidur di atas katil, Aku bangkit terus pergi ke katil dan akhirnya kesian suamiku makan sendirian dan menonton movie sendirian.Aku pula lena tidur di dalam dakapan suami ku yang tercinta sehingga lewat petang.Lama sungguh aku terlelap seperti ingin membalas dendam kerana sudah beberapa malam aku tidak dapat lelapkan mata kerana sibuk dengan study.

Aku tahu suamiku amat menyayangiku..aku pun amat menyayangi dan menyintainya...luv u so much my hubby!!!!

Ahad, 21 Mac 2010

Bahagia...Bahagiakah aku???

Aku ini wanita biasa..insan biasa...lemahkah aku??entah la...tapi hati aku terlalu menyayanginya..semakin ingin aku lupakan dirinya namun terasa dirinya semakin dekat dan hampir dengan ku..
Pernah suatu ketika dulu aku mencuba untuk melupakan dirinya namun aku tidak terdaya..hati ku..diriku..semakin lama dan semakin hari semakin menyayangi dan merinduinya...
Aku cuba dan terus mencuba namun perasaan ku semakin menebal terhadapnya..dan akhirnya aku mengalah memang aku dan dirinya saling memerlukan di antara satu sama lain..
Tidak salah memilih dan menyintai suami orang sekiranya dia mampu..dia berlaku adil dan bertanggungjawab di atas segala-galanya..alhamdulillah selama 2 tahun aku mengenalinya memnag dia seorang lelaki,suami dan ayah yang bertanggungjawab..
Sepanjang perkenalan kami hingga kini tidak pernah sekalipun aku mendengar dari bibirnya tentang keburukan isterinya malah dia amat menyayangi isteri dan ank2..
Tidak seperti lelaki lain (suami lain) menyintai wanita lain dan memburukkan isteri yg sedia ada kepada wanita lain yg dicintai...Bagi aku lelaki begitu adalah lelaki durjana..Mnegapa mesti memburukkan isteri tatkala sudah ada perempuan lain sedangkan sblm mengenali perempuan lain isterilah peneman setia dan isterinya jugalah tmpt dia meluahkan segalanya..dan kerana cinta perempuan lain demi nafsu sanggup melupakan segala apa yg ada...memburukkan segala apa yg ada selama ini...kasihan wanita juga yg menjd mangsa...
Tapi lain sekali dgn lelaki@suami org yg aku kenali ini mmg berbeza sekali...
Tidak pernah kedengaran sekali dan sedikitpun di telinga ku ttg keburukan isterinya malah kebaikan saja yg aku dengar..Dengan aku dia telah jatuh cinta semula seperti mula2 dia jatuh cinta terhadap isterinya dahulu....namun kasih sayang dan cintanya terhadap isterinya tidak pernah berubah...dan inilah kali kedua dlm hidupnya dia telah jatuh hati kepada aku..
Tanggunjwb???Ya,dr segi tggungjwb dia memang seorg yg bertggungjwb..berlaku adil terhadap isteri pertama dan juga aku isteri keduanya...ya,aku bahagia dengannya....