Jumaat, 2 April 2010

Rajuk sampai ke petang kerana Pizza....

Hari jumaat bersama suami tercinta.Hari ini aku habiskan masa bersama suamiku yang tercinta.Dari pagi kami minum sama, sembang-sembang,borak-borak,sambil buat kerja sekolah ku..Ops,aku seorang isteri yang masih menyambung pengajian lagi.Dalam masa beberapa hari lagi aku akan menghadapi mid term exam,dan disebabkan rasa kasih,cinta,sayang,tggungjwb,prihatin suamiku turut membantu isteri yang dicintainya ini membuat ulangkaji sampai perut masing-masing terasa kosong minta diisi.Aduh,aku malas nak keluar dan memang anak tekak ku seperti teringin makan pizza sebab dah lama kami tak makan pizza, jadi atas rasa sayang suami ku yang tercinta telah menelefon pizza hut delivery terus sampai depan pintu...Masa pesanan dilakukan suami ku ada memberitahu minta sos cili extra kerana suami ku sayang memang amat mengerti dan memahami secara arif bahawa isteri kesayangannya memang suka sos cili tak boleh sikit mesti nak banyak...

Ting..Tong..loceng berbunyi..Pizza hut sampai di depan pintu....Aku pula sudah ketepikan semua buku dan memasang movie pula sebab planning nak makan pizza dengan suami tercinta sambil menikmati movie.

Buka pizza dan hampa hatiku kerana apa yang aku minta dan inginkan tidak diberi,sos cili di beri cuma 4 paket..Mana cukup sebab aku suka makan pizza dengan sos cili, yang banyak sos tomato pula..Aku bukan budak kecik nak makan dengan sos tomato.Terus hilang selera aku nak makan pizza sebab tiada sos.Nanti kalau tengah makan tup!tup sos cili tak cukup lagi buat aku hilang selera juga, so baik aku tak payah makan langsung.Rasa geram betul aku dengan orang pizza ni..Kesian suami ku dia sanggup keluar belikan sos cili sebotol untuk aku, walaupun aku melarangnya kerana buat apa keluar pergi beli tiada guna sebab aku dah hilang selera nak makan pizza, tapi kerana sayangkan isterinya yang seorang ini suami ku yang tercinta tetap pergi beli.

Aku pula sambung mengulangkaji di sofa dan terus terlelap lantas suamiku balik dari membeli sos cili kejutkan aku yang tidur di atas sofa supaya tidur di atas katil, Aku bangkit terus pergi ke katil dan akhirnya kesian suamiku makan sendirian dan menonton movie sendirian.Aku pula lena tidur di dalam dakapan suami ku yang tercinta sehingga lewat petang.Lama sungguh aku terlelap seperti ingin membalas dendam kerana sudah beberapa malam aku tidak dapat lelapkan mata kerana sibuk dengan study.

Aku tahu suamiku amat menyayangiku..aku pun amat menyayangi dan menyintainya...luv u so much my hubby!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan