Ahad, 18 Oktober 2009

Dia tetap kembali kepadaku...

alhamdulillah sejak peristiwa malam itu, selama seminggu aku memendam rasa..

slps apa yg berlaku mlm itu aku jd buntu dan saat itu kedengaran lagu syahdu nyanyian aisyah..dengan tidak semena-mena air mataku mengalir..bukan setitik tapi deras sungguh sederas air terjun..aku jadi tidak keruan, aku baru shj menghantar jay pulang ke rumah sewanya, semasa si dia kol aku br shj keluar dr perumahan rumah sewa jay, aku menangis sepuas-puasnya slps itu, sampai shj di traffic light pantai putri jay kol aku dan nak jumpa aku di caltex katanya ada brg penting miliknya tertggl di dlm kereta ku, so aku pun berpatah semula dan menanti jay di caltex, saat itu airmata masih trus mengalir, aku tidak dpt dan terdaya untuk mengawal perasaan sedih ku ketika itu, sehingga jay sampai mengetuk cermin kereta ku, lantas aku mengesat air mata dan menoleh ke arah lain, jay duduk di sebelah tempat penumpang, aku pula langsung tidak memandangnya.aku cuba mendptkan semula semangat dan kekuatan ku.Aku tidak mahu jay tahu akn masalh yg ku hadapi..mmmg jay x pernah tahu apa yg sdg bergolak di dlm hidupku selama ini..tp dia bukannya budak kecik...

Jay merenungku..dia tau aku br lps menangis,dia bertanya pd ku, namun aku menafikannya dan masih tidak mahu menoleh memandangnya walau berulangkali dia memanggil namaku...Dia menarik wajahku supaya memandangnya, dan ya!ketika itu airmata ku menitis dengan tiba-tiba, mata ku merah dan bengkak sedikit.Jay merenungku dengan wajah yang sayu dan penuh simpati...dia mengesat airmata yg mengalir di pipiku...Dan dia kata sbg seorg sahabat dan teman setia dia tak mahu melihat aku menangis dan jgnlah disimpan segalanya sendirian luahkan shj....Aku serba salah ..kerana Jay memang teman setia ku, dia yg bnyk memberi kegembiraan di saat aku dlm kesedihan..walaupun dia tidak pernah tahu gelora yg melanda di hatiku, namun dia tetap sabar melayan kerenah ku...walaupun dia penat dan mengantuk kerana kerja syif mlm namun dia tetap gagahkan diri semata-mata untuk menemaniku...oh, jay kau memang terlalu baik..

Setelah di desak oleh Jay, lantas aku berterus-terang dengan Jay ttg kisah hidupku, dgn ex-husben ku dahulu, dan shgga lah aku bertemu dgn si Dia...dan mslh yg melanda antara aku dan si Dia...saat itu airmata ku mengalir begitu deras sekali...Jay mendengar dgn penuh setia..dan sehingga kini jay tetap menjd teman setiaku...

Si Dia pula slps mlm itu selama semggu kami tidak dpt jumpa, aku ada cuba menghubungi di pej dua hr slps itu tp dia tidak mahu berckp dgn ku katanya tiada mood dan masih serabut...aku tetap bersabar kerana jay berpesan org yg bersabar akn di beri ganjaran oleh Nya...dan cukup 5 hr dia dtg ke rumah sewa ku dan berjumpa dgn ku...katanya dia terlalu merindui aku....dia keluar dr rumah dlm pukul 11.30pg dan terus ke rumah ku..katanya setiap hr dan saat dia sering terbyg dan terkenang aku...dia memeluk ku erat..dia tidak sangka betapa sukarnya hr2 yg di laluinya sejak isterinya sudah tahu tentang kami...aku faham dan mengerti ..tp apakan daya...yg penting hanya kesabaran yg dpt mengatasi segalanya...

Khamis, 8 Oktober 2009

aku di belenggu dengan perasaan yang aku sendiri tidak pasti..sejak kelmarin..semalam....sehingga ke hari ini..puncanya sedikit sahaja..tapi bahangnya terasa sampai ke hari ini..dan esok ,lusa aku tak pasti apa lagi...

ptg hr selasa, aku bersama sahabat baik ku jay yang setia menemani aku dari pagi hingga ke malam dan mencari tiket untuk aku bertemu dgn sahabatku di sebuah negeri di Malaysia juga,..sebelum pergi aku minta pendapat seorg insan yang aku sayangi dan cintai sepenuh hati,jiwa dan ragaku...aku tak pasti sama ada nk pergi ke negeri lain dgn bas @ dengan kereta kecil ku sahaja, ptg itu aku call dia dan dia kata lebih jimat naik bas, so aku pun pergilah terminal bas dengan jay sblm maghrib hampir senja gitu....aku membeli tiket awal pagi sesudah subuh...kemudian aku call dia lagi, tp dia kata dia akn call aku balik sebab dia tgh main golf..so aku sabar dan tggu dia call aku...jay yg amat memahami masih setia menemani ku...

tujuan aku bukan apa hanya ingin memaklumkan dia yang aku akn bertolak esk naik bas pukul 7.30pg..dan jika dia berkesempatan tlg ambil aku dan hantar aku ke terminal itu sahaja sebelum aku pergi ingin aku menatap dan mencium tangannya mana tau nak jalan jauh takut tak jumpa terus...(syahdu sungguh aku kan...)tp panggilan dr dia tidak kunjung jua..tepat pukul 8pm aku call dan aku sangka dia belum pulang ke rumah lg..dia pernah berpesan jgn call dia jika dia berada di rumah...akan mengundang bahaya...tp salahkah aku??dia janji akan call aku semula slps habis main golf dlm pukul 7.30pm..namun dia x call so aku budget br stgh jam berlalu mgkn dia masih di luar so aku pun call dia dan dia berckp berbisik dgn aku dia di rumah so aku trus cut off call....then x lama slps itu wife dia call aku semula dan marah-marah...oh!tidak....lagi sekali!masalah!kali ni aku rs lg teruk....then stgh jam kemudian no pulic lal kuar...oh no!rupa2nya dia call aku pakai pulic phone..wife dia dah rampas handfon dia dan mengamuk2 then dia lari keluar dari rumah seketika untuk meredakan keadaan..

aku sungguh sedih dgn apa yg dia ckp dkt aku mlm tu....

oh,percayalah tidak semudah itu untuk aku melupakanmu dan segala apa yang telah kita lalui..aku tau di hatimu kau amat menyayangi ku,namun keadaan telah memaksa...hati dan perasaan tidak boleh di paksa dan d tipu....we still need and love each other...but...oh...only both of us and Allah know...

kelahiran baru

eh...aku baru dilahirkan rupanya..wah cantiknya dunia blog..best betul dunia blog ni...kenapa aku tak dilahirkan sejak dulu ..sejak dunia blog di wujudkan..kenapa baru sekarang..tapi kelahiran aku belum terlewat lagi rasanya,..aku ingin menjelajahi dunia blog ini..Nantikan saja...