tag:blogger.com,1999:blog-21949751773062554442024-02-08T11:51:47.342-08:00Suka Duka Hidupku....Kisah ku ada suka dan duka..Namun aku terima dengan hati yang terbuka kerana aku tahu ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..Hanya Dia sahaja yang maha mengetahui segalanya.....MissMeyyaZarahttp://www.blogger.com/profile/08466816442909620274noreply@blogger.comBlogger19125tag:blogger.com,1999:blog-2194975177306255444.post-11626777426116667342011-06-19T10:31:00.000-07:002011-06-19T10:44:28.438-07:00Kesukaran yang semakin pudar...Semakin hari perasaan sayang ku semakin menebal terhadap suamiku..Aku dapat merasakan segalanya semakin pulih..Dahulu begitu sukar untuk kami bertemu sejak peristiwa terbongkarnya kisah kami dan ikatan kami..Betapa maha hebat ujian yang kami lalui..Dan apa yang aku rasa dan lalui memang sukar..Kata orang sebagai isteri muda memang kita kena menerima apa sahaja tohmahan dan menerima segalanya kerana siapa suruh mengambil hak orang..tapi apa yang aku rasa dan lalui mungkin mereka semua tidak pernah tahu dan mengerti..Ramai orang mengatakan isteri muda "perampas"..Benarkah??..Situasi ini pernah aku alami..Keadaan ini pernah aku rasai..dan perasaan bersalah yang melanda agak sukar untuk aku luahkan..Hanya Allah yang mengerti...

Saat ini perasaan ku memang berbelah bagi, antara rasa sayang terhadap suamiku berlawanan pula dengan rasa bersalah yang semakin menebal terhadap madu ku, orang tua ku dan juga diri ku sendiri..Aku bermain dengan bermacam konflik...Aku cuba dan mencuba untuk meleraikan segala konflik yang melanda tapi aku tak mampu..Semakin hari sayang ku semakin menebal..Oh, Tuhan saat ini betapa maha hebat ujian yang melanda...

Lepas satu dan satu, sehingga aku mmendapat kekuatan dan memperolehi keyakinan pada diri ku sendiri, buat apa harus aku lakukan dan fikirkan sesuatu yang bodoh sehingga merosakkan perhubungan kami..Aku harus menerima kenyataan ini dan berdiri di bumi yang nyata bahawa aku memang benar menyintainya, menyayanginya dan segalanya telah tersurat aku memilih suami orang walaupun cuba untuk mengelak namun segalanya semakin dekat dengan ku...

Aku terima dengan redha jika ini sudah KetentuanNya..Sekarang, aku menjadi hak milik suamiku..Tiada lagi konflik yang bermain di fikiran dan hati ku dan juga diri ku..Kuserahkan segala jiwa dan ragaku untuk suami tercinta..Dan aku bersyukur kerana segala kekusutan yang melanda kami semakin pulih..Insyaallah..Sekarang kami sudah sering bertemu..Aku tenang melalui hari-hariku dengan kuliah ku dan anak-anak dan juga suamiku...

Ya Allah , kau perkenankanlah doa hamba mu ini, Berikanlah kami kebahagiaan dunia dan akhirat dan permudahkanlah dan barakahkkanlah perjalanan hidup kami dan juga rezeki kami sekeluarga..Amin Ya robbal Alamin...Insyaallah!!!MissMeyyaZarahttp://www.blogger.com/profile/08466816442909620274noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2194975177306255444.post-13355183807088446122010-06-28T21:17:00.000-07:002010-06-28T21:40:45.940-07:00Alhamdulillah....Haish..dah lama aku tak mencoretkan sesuatu yang menggembirakan, beberapa hari dan minggu yang lepas asyik kisah sedih saja yang aku post kan di blog aku..Hari ini aku rasa nak mengpost kan entri dan kisah suka pula.

Kata orang duit dan kemewahan tak menjanjikan kebahagiaan, betul ke???Ada betul dan tidak pada pendapat aku.
Ada duit banyak tapi orang yang kita sayang tiada disisi apa ada rasa??tak best kan...

Tiada duit banyak tapi orang yang kita sayang sentiasa ada disisi apa rasa??Best kan...

Pada aku kedua-duanya penting, tanpa duit kita susah nak bergerak dan tanpa insan tersayang memang hidup tiada bermakna.

Susah macam mana pun jika ada insan yang tersayang disisi memang rasa kurang beban yang ditanggung..Susah dan senang sama di tanggung.Betul tak??Baru la bahagia hidup, sama-sama saling membantu..

Sebagai seorang isteri,teman, kekasih, kawan kena sentiasa memahami dan cuba memberi semangat kepada pasangan..Itulah yang aku sedang lakukan sekarang ini.Berkat doa dan kesabaran Insyaallah segalanya akan kembali pulih..

Kata beberapa orang pakar motivasi hati dan minda ini ada kuasa magnet yang kuat.Pada aku memang benar kenyataan itu, sebab dah banyak kali berlaku pada diri aku sendiri...

Bermula semalam petang, aku memang dapat agak lunch hour suami ku tak datang ke pajabat seperti biasa, memang tepat jangkaan ku,..dan dalam masa yang sama hati dan mindaku bersatu merasakan yang suamiku akan muncul petang nanti di Taman tempat aku selalu bertenang bersama adik-adikku..

Memang betul jangkaan ku, aku nampak kereta suami ku dan kami bertemu di Taman minum petang bersama dan bercerita sehingga ke malam.Esok suamiku akan bersama dengan aku lagi..Alhamdulillah

Pagi-pagi rutin ku seperti biasa, menghantar anak-anak kesekolah kemudian aku terus pergi kerja, tatkala melalui jalan rutin ku,aku lalui jalan-jalan kenangan aku bersama suami tercinta satu ketika dahulu, dan lagi sekali hati dan mindaku bersatu terkenang saat dulu aku yang mempunyai banyak masa bersama suami tercinta, minum pagi bersama,dan aku rindu saat itu.Alangkah bahagianya jika pagi begini aku dapat minum bersama suamiku sebelum memulakan kerja di pejabat.

Owh,alhamdulillah saat aku masuk parking secara tiba-tiba suamiku muncul dan masuk ke dalam keretaku..Ya Allah terima kasih tidak terhingga ku ucapkan kerana Kau telah perkenankan doa ku...Berkat solat subuh dan doa selepas solat subuh...Doa ku telah dimakbulkanNya...Amin....Kami dapat minum bersama hari ini setelah berbulan lamanya kami tidak berpeluang minum bersama kerana kawalan ketat dari maduku sehingga sukar suamiku untuk bergerak bebas.

Aku tak sabar menanti sehingga habis waktu kerja hari ini kerana suamiku telah berjanji hari ini dia akan meluangkan masa bersama aku......Syukur tidak terhingga terhadapMu Ya Allah...MissMeyyaZarahttp://www.blogger.com/profile/08466816442909620274noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2194975177306255444.post-66650707814458856442010-06-20T23:31:00.000-07:002010-06-21T00:07:57.111-07:00RINTIHAN KU ISTERI MUDA...Dari awal perkahwinan aku rasa aku yang banyak mengalah..Mengalah dengan isteri pertama.Sebab????perkahwinan kami secara senyap....hanya orang tertentu dan teman rapat sahaja yang mengetahuinya.

Tapi bila rahsia perkahwinan kami terbongkar dan isteri pertama mengetahuinya habis segalanya,suami ku susah nak berjumpa dengan aku dan anak-anak...duit perbelanjaan pun semakin kurang, aku terpkasa berjimat cermat.Aku dan suamiku jarang berjumpa, apatah lagi setelah telefon dan panggilan keluar dan masuk semua telah di kawal oleh isteri pertama, tapi aku tetap sabar...Aku tak melatah, aku terima dengan redha mungkin ada hikmah disebalik semua ini...ada masa sampai seminggu aku tak dapat jumpa dengan suami ku sendiri...duit belanja yang ditinggalkan terpaksa aku jimat-jimatkan....sudah 3 bulan keadaan ku begini...

Jumpa suami waktu lunch sahaja..sebab aku sudah mula kerja semula untuk menambah pendapatan.Kerana kesukaran suami ku...tapi cukup ke wang perbelanjaan ku dengan aku,anak-anak dan keperluan pelajaranku....Dari segi masa pula...masa aku bersama suami ku???masa anak-anak bersama suamiku???aku kerja,belajar dan masa dengan anak-anak..tapi suami ku???owh hanya waktu lunch..aku jadi runsing..

Dulu,aku tidak bekerja masa aku hanya untuk suami,anak-anak dan study....tapi sekarang bila dah bekerja masa memang kurang..apatah lagi masa bersama kawan-kawan....aku rindu kan saat dulu satu ketika dulu,aku mudah ke sana ke mari bersama suami ku...aku ada masa dengan rakan-rakan ku..tapi sekarang semuanya sudah terbatas....

Jumpa dengan suami sekejap tapi bila jumpa nak marah dan gaduh aku mengalah...membawa diri untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan...Hari ini aku memang dah janji dengan kawan-kawan ..memang pagi tadi suami ku ada datang ke tempat kerja tapi aku ingat perjanjian ku tidak jadi, then bila dah nak sampai tgh hari rupa-rupanya jadi..Aku cuba menghubungi suamiku untuk beritahu jumpa di tempat aku dan kawan-kawan ku then aku nak suamiku join sekali sebab aku dah lama tak happy hour dengan suami ku dan kawan-kawan ku..tapi sampai di tempat itu suami ku marah-marah dan meninggikan suara....Aku yang memang nak berterus-terang dan tell the truth terus jadi sedih dan menangis....

Tiada peluang langsung untuk explain what happen...selama 5 hari kami tak jumpa,memang banyak benda yang berlaku sepanjang dia tiada di sini dan selama 5 hari kami tak jumpa..Memang aku nak bercerita dengan suamiku apa yang berlaku selama 5 hari kami tak jumpa tapi tak berpeluang langsung.yang dia tahu marah dia...tapi susah aku???anak-anak aku menghadapi semua ini tidak di kira...hati aku dan perasaan aku??apa yang aku inginkan ada dia tanya???aku cuma nak hidup macam dulu..bukan kemewahan tapi aku nak aku dan suamiku ada masa seperti dulu, ada masa dengan anak-anak aku walaupun sekali dalam seminggu...mudah berjumpa dan dihubungi..Banyak kali aku hilang arah bila aku di landa masalah dan suami ku pula sukar untuk di hubungi...Owh betapa aku rasa sukarnya hidup bermadu..tapi aku terpaksa redha sebab aku telah memilih jalan begini..dan aku sayang suami ku walaupun dalam susah dan senang....

HANYA DIKAU SUAMIKU...
MissMeyyaZarahttp://www.blogger.com/profile/08466816442909620274noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2194975177306255444.post-42880733978694389292010-06-17T08:34:00.000-07:002010-06-17T08:45:27.248-07:00Kesabaran seorg isteri muda....Aku tau ramai org cakap isteri muda ni selalunya jahat, suka menghasut suami supaya benci isteri pertama, dengki ,tamak dan selalunya isteri muda ni dipersalahkan dan diburukkan...aku rasa ada betul dan ada salahnya, tapi tak semua isteri muda ni sebegitu rupa..

Aku sendiri ingin berkogsi pengalaman ku sebagai seorang isteri no2..ya!memang isteri no2 ni selalu digelar perampas .perampas suami orang tapi kalau kita faham dari segi hukum nya tak salah jika seorang lelaki mampu untuk berkahwin lain, dan kalau kita fikirkan semula ..betul juga apa yang selalu orang kata jangan terlalu membenci dan tidak menyukai sesuatu nanti ia akan berbalik kepada kita..

Banyak yang aku nak kongsi dan nyatakan di sini tapi aku tak tau harus dimulakan dari mana dan yang mana dahulu..saat ini idea memang terlalu banyak mencurah-curah tapi mata ku ini seperti tidak mengizinkan aku dari terus melayari blog ini..Akan aku sambung di entri lain esok..Akan aku sambung kisah ini di entri lain esok..Insyaallah....MissMeyyaZarahttp://www.blogger.com/profile/08466816442909620274noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2194975177306255444.post-64136049947707634942010-05-16T12:08:00.000-07:002010-05-16T12:23:41.002-07:00Sampai bila....Agak lama aku meninggalkkan blog ku ini..bnyk perkara dan peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini..saat aku menaip untuk mencoretkan titipan di blog ku ini betapa banyak airmata yang menitis..mengalir keluar tanpa ku pinta..airmata yang menjadi peneman setia di kala aku sendirian..kesedihan yang melanda memang tak dapat di bendung lagi..setiap saat dan masa fikiran ku hanya untuk suamiku..Aku semakin sukar untuk menghubungi dan menemuinya..memang aku kelihatan tenang dan masih boleh mengukir senyum untuk semua orang..tapi tahukah mereka semua derita yang ku tanggung????sendiri menahan hati..menahan sakit..menahan kesedihan..demi anak2 aku berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku..demi menjaga kedua orang tua ku..aku masih seperti biasa menahan semuanya sendirian...menangis sendirian...menahan kelaparan demi untuk berjimat cermat...menahan segala keperluan demi perbelanjaan anak2...tp sampai bila???sampai kedua orang tua ku perasan akan kesusahan ku....aku tak mahu mereka semua tahu..aku tak mahu kedua orang tua ku susah hati demi aku lagi...Memang semua ini mengganggu pelajaran ku..aku jd runsing dan termenung...aku jd murung bila bersendirian...tidak dapat tidur malam...Ya Allah sampai bila semua ini akan berakhir???Berikanlah aku kekuatan untuk menempuh semua ini....Kembalikanlah keadaan seperti sediakala semula...Permudahkanlah perjalanan hidupku dan suamiku.....Untuk suami yang kucintai sememangnya sayang amat memerlukan abang...begitu juga dgn ank2.....MissMeyyaZarahttp://www.blogger.com/profile/08466816442909620274noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2194975177306255444.post-23480933947186018732010-04-02T12:19:00.000-07:002010-04-02T12:39:50.146-07:00Rajuk sampai ke petang kerana Pizza....Hari jumaat bersama suami tercinta.Hari ini aku habiskan masa bersama suamiku yang tercinta.Dari pagi kami minum sama, sembang-sembang,borak-borak,sambil buat kerja sekolah ku..Ops,aku seorang isteri yang masih menyambung pengajian lagi.Dalam masa beberapa hari lagi aku akan menghadapi mid term exam,dan disebabkan rasa kasih,cinta,sayang,tggungjwb,prihatin suamiku turut membantu isteri yang dicintainya ini membuat ulangkaji sampai perut masing-masing terasa kosong minta diisi.Aduh,aku malas nak keluar dan memang anak tekak ku seperti teringin makan pizza sebab dah lama kami tak makan pizza, jadi atas rasa sayang suami ku yang tercinta telah menelefon pizza hut delivery terus sampai depan pintu...Masa pesanan dilakukan suami ku ada memberitahu minta sos cili extra kerana suami ku sayang memang amat mengerti dan memahami secara arif bahawa isteri kesayangannya memang suka sos cili tak boleh sikit mesti nak banyak...

Ting..Tong..loceng berbunyi..Pizza hut sampai di depan pintu....Aku pula sudah ketepikan semua buku dan memasang movie pula sebab planning nak makan pizza dengan suami tercinta sambil menikmati movie.

Buka pizza dan hampa hatiku kerana apa yang aku minta dan inginkan tidak diberi,sos cili di beri cuma 4 paket..Mana cukup sebab aku suka makan pizza dengan sos cili, yang banyak sos tomato pula..Aku bukan budak kecik nak makan dengan sos tomato.Terus hilang selera aku nak makan pizza sebab tiada sos.Nanti kalau tengah makan tup!tup sos cili tak cukup lagi buat aku hilang selera juga, so baik aku tak payah makan langsung.Rasa geram betul aku dengan orang pizza ni..Kesian suami ku dia sanggup keluar belikan sos cili sebotol untuk aku, walaupun aku melarangnya kerana buat apa keluar pergi beli tiada guna sebab aku dah hilang selera nak makan pizza, tapi kerana sayangkan isterinya yang seorang ini suami ku yang tercinta tetap pergi beli.

Aku pula sambung mengulangkaji di sofa dan terus terlelap lantas suamiku balik dari membeli sos cili kejutkan aku yang tidur di atas sofa supaya tidur di atas katil, Aku bangkit terus pergi ke katil dan akhirnya kesian suamiku makan sendirian dan menonton movie sendirian.Aku pula lena tidur di dalam dakapan suami ku yang tercinta sehingga lewat petang.Lama sungguh aku terlelap seperti ingin membalas dendam kerana sudah beberapa malam aku tidak dapat lelapkan mata kerana sibuk dengan study.

Aku tahu suamiku amat menyayangiku..aku pun amat menyayangi dan menyintainya...luv u so much my hubby!!!!
MissMeyyaZarahttp://www.blogger.com/profile/08466816442909620274noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2194975177306255444.post-83905153185796006122010-03-21T01:53:00.000-07:002010-03-21T02:10:28.610-07:00Bahagia...Bahagiakah aku???Aku ini wanita biasa..insan biasa...lemahkah aku??entah la...tapi hati aku terlalu menyayanginya..semakin ingin aku lupakan dirinya namun terasa dirinya semakin dekat dan hampir dengan ku..
Pernah suatu ketika dulu aku mencuba untuk melupakan dirinya namun aku tidak terdaya..hati ku..diriku..semakin lama dan semakin hari semakin menyayangi dan merinduinya...

Aku cuba dan terus mencuba namun perasaan ku semakin menebal terhadapnya..dan akhirnya aku mengalah memang aku dan dirinya saling memerlukan di antara satu sama lain..

Tidak salah memilih dan menyintai suami orang sekiranya dia mampu..dia berlaku adil dan bertanggungjawab di atas segala-galanya..alhamdulillah selama 2 tahun aku mengenalinya memnag dia seorang lelaki,suami dan ayah yang bertanggungjawab..

Sepanjang perkenalan kami hingga kini tidak pernah sekalipun aku mendengar dari bibirnya tentang keburukan isterinya malah dia amat menyayangi isteri dan ank2..

Tidak seperti lelaki lain (suami lain) menyintai wanita lain dan memburukkan isteri yg sedia ada kepada wanita lain yg dicintai...Bagi aku lelaki begitu adalah lelaki durjana..Mnegapa mesti memburukkan isteri tatkala sudah ada perempuan lain sedangkan sblm mengenali perempuan lain isterilah peneman setia dan isterinya jugalah tmpt dia meluahkan segalanya..dan kerana cinta perempuan lain demi nafsu sanggup melupakan segala apa yg ada...memburukkan segala apa yg ada selama ini...kasihan wanita juga yg menjd mangsa...

Tapi lain sekali dgn lelaki@suami org yg aku kenali ini mmg berbeza sekali...

Tidak pernah kedengaran sekali dan sedikitpun di telinga ku ttg keburukan isterinya malah kebaikan saja yg aku dengar..Dengan aku dia telah jatuh cinta semula seperti mula2 dia jatuh cinta terhadap isterinya dahulu....namun kasih sayang dan cintanya terhadap isterinya tidak pernah berubah...dan inilah kali kedua dlm hidupnya dia telah jatuh hati kepada aku..

Tanggunjwb???Ya,dr segi tggungjwb dia memang seorg yg bertggungjwb..berlaku adil terhadap isteri pertama dan juga aku isteri keduanya...ya,aku bahagia dengannya....
MissMeyyaZarahttp://www.blogger.com/profile/08466816442909620274noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2194975177306255444.post-47748783494150944892009-11-24T10:34:00.000-08:002009-11-24T11:15:59.842-08:00DEMI INSAN YG AMAT AKU SAYANGILagi sekali dlm hidup ku...Kenapa mesti ianya berulang lagi???knp ianya berlaku lagi di dalam hidup ku??knp aku harus menanggung lg semua ini??
Memikir dan melakukan sst demi kebahagiaan insan yg amat aku sayangi..Pengorbanan???Mengalah demi insan yang amat aku sayangi dan cintai...Lagi sekali aku biarkan hati aku sakit dan luka dan kecewa semta-mata untuk dia..Untuk kebaikan semua pihak..Lg sekali aku terpaksa melepaskan rs cinta dan syg aku terhadapnya demi kebahagiaan dia dan keluarganya yg sedia ada...

Aku faham dan mengerti aku ini hanya insan ketiga yg hadir dlm hidupnya...Cinta yg hadir dlm hidupku x pernah aku miliki untuk selamanya..Setiap kali aku akn mengalah dan melepaskannya..Demi kebahagiaan dan kebaikan semua pihak..Aku gembira melihat dia bahagia di samping keluarga yg di sayangi dan tercinta..

Aku pula, tetap begini..tetap aku dulu dan kini...sama sahaja...Manusia sering menilai seseorg dr mata kasar sahaja tanpa mengetahui hakikat yang sebenar...Sejak dulu hingga sekarang aku sentiasa memikirkkan tentang perasaan orang, tentang perasaan insan sekeliling ku yg aku sayangi.Menjaga hati demi insan yg aku sayangi..Sehingga menyeksa jiwa ku sendiri...

Hati aku yang lara, ku ubati lukanya sendiri..sejak dulu beginilah aku..Aku gembira dan tersenyum sendiri tatkala melihat insan yg pernah aku sayangi dan cintai bahagia di samping keluarga dan kekasihnya...Rela aku begini, menangis sendirian merawat luka ku sendiri....

Akhirnya aku berjaya membuat diriku sbg pesalah, di hukum atas apa yg sengaja ku lakukan, di nilai dr pandangan mata kasar, di benci dan di lupakan, ..Walaupun pd awlnya amat berat hati aku utk melakukannya, bukan semudah yg di sangka, namun ku gagahi juga hati ini dan diri ini, demi cintaku dan insan yang amat ku sayangi...Ku kuatkan dan ku yakinkan diri ini bahawa aku boleh melakukannya..Ku tabahkan hati ini untuk menghadapi segala kemungkinan walaupun aku tahu perit yang akan aku tanggung..Perit dan penderitaan yg aku sendiri tak tau sampai bila harus ku tanggung??Aku berserah kepada Yang Maha Esa....ALHAMDULILLAH semuanya berjalan dengan lancar..

Bagaimana agaknya ye hr2 yg akn aku lalui slps ini??Semoga ada sinar bahagia yg akn aku miliki satu hr nanti Insyaallah..Amin...

Buat insan yang pernah dan amat aku sayangi dan cintai sekarang ini, terima kasih aku ucapkan kerana sudi menyayangi dan menyintai diri ini..walaupun ikatan kasih antara kita bertahan selama beberapa tahun namun aku tetap bahagia di sampingmu...Dan aku juga rs bahagia tatkala melihat kau bahagia bersama isteri dan ank2 tersyg...Doaku selalu mengiringi mu di mana jua kau pergi dan kau lakukan ..En Azman....nama yang memang dan telah terpahat di hati aku sejak dia mula mengetuk pintu hatiku, menjd penawar dan perawat hati ini ketika diri ini sedang dalam kelukaan dan kecewa kerana cinta seseorang satu ketika dulu.Dia juga yg telah membuatkan aku melupakan insan yg pernah mengecewakan aku dahulu... hingga kini dan selamanya dia tetap di hatiku....MissMeyyaZarahttp://www.blogger.com/profile/08466816442909620274noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2194975177306255444.post-51685480640959176842009-11-24T10:27:00.000-08:002009-11-24T10:34:22.880-08:00CINTA INI MEMBUNUHKUKAU MEMBUAT KU BERANTAKAN,
KAU MEMBUAT KU TAK KERUAN,
KAU MEMBUAT KU TAK BERDAYA,
KAU MENOLAKKU, ACUHKAN DIRIKU,

*BAGAIMANA CARANYA UNTUK MERUNTUHKAN KERASNYA HATIMU,
KU SADARI KU TAK SEMPURNA, KU TAK SEPERTI YANG KAU INGINKAN,

**KAU HANCURKAN AKU DGN SIKAPMU,
KAU SADARKAH KAU TELAH MENYAKITIKU,
LELAH HATI INI MEYAKINKANMU, CINTA INI MEMBUNUHKU,MissMeyyaZarahttp://www.blogger.com/profile/08466816442909620274noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2194975177306255444.post-42766504334632405242009-11-24T10:13:00.000-08:002009-11-24T10:25:42.366-08:00HATI YG KAU SAKITIJANGAN PERNAH KATAKAN BAHAWA, CINTAMU HANYALAH UNTUKKU, KERNA KINI KAU TELAH MEMBAGINYA...

MAAFKAN JIKA MMG KINI, HARUSKU TGGLKAN DIRIMU, KERNA HATI KU SELALU KAU LUKAI, TAK ADA LAGI YG BISA KU LAKUKAN TANPAMU, KU HANYA BISA MENGATAKAN APA YG KURASA...

KU MENANGIS MEMBAYANGKAN BETAPA KEJAMNYA DIRIMU ATAS DIRIKU,
KAU DUA KAN CINTA INI, KAU PERGI BERSAMANYA, KU MENANGIS MELEPASKAN KEPERGIAN DIRIMU DARI SISI HIDUPKU, HARUS LAH ENGKAU TAU AKULAH HATI YANG TELAH KAU SAKITI.....KU MENANGIS....

HARUS LAH KAU TAU AKULAH HATI YG TELAH ...KAU SAKITI

*Lirik lagu yang memang boleh membuatkan airmata aku mengalir..sama juga dgn lagu kris dayanti -aku wanita biasa-Begitu menusuk kalbu ..Inilah yg aku rs selama ini..Kalau lah aku ini seorg yg bisa menyanyi akn aku nyanyikan lagu ini untuknya ..kerana sudah puas aku nyatakan apa sahaja ttg hati aku ini tp kenyataan ku tak pernah menyenangkannya..Hanya melalui lagu sj dpt aku meluahkannya..MissMeyyaZarahttp://www.blogger.com/profile/08466816442909620274noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2194975177306255444.post-45221643901710848112009-11-24T09:59:00.000-08:002009-11-24T10:12:52.560-08:00AKU WANITA BIASAAku Ini, Wanita Biasa, Bisa Sakit, Luka Karena Cinta, * Dingin Sepi, Kerap Menyapa, Airmata Jatuh, Lukisan Raga, Kadang Ku Kuat, SetegarKarang, Kadang Ku Rapuh, Lemah Liar Merana, Maafkan Aku, Bila Hasrat Ku Keliru, Suluh Ghairah Jiwamu, Ku Yang Dosakan Cinta, Kekasih, Maafkan Aku Bila Hasrat ku Keliru, Suluh Ghairah jiwamu, Ku yang dosakan Cinta, Kekasih Hatiku,

Maafkan aku...MissMeyyaZarahttp://www.blogger.com/profile/08466816442909620274noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2194975177306255444.post-84988520478584806152009-11-14T09:11:00.001-08:002009-11-14T09:12:19.802-08:00SEDIHNYA LAGU NI...http://www.youtube.com/watch?v=IjHsLEyvkRkMissMeyyaZarahttp://www.blogger.com/profile/08466816442909620274noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2194975177306255444.post-81530472089891697402009-11-14T08:30:00.000-08:002009-11-14T09:03:54.388-08:00KASIH YG TAK DI ANGGAPPerlukah aku menangis lagi??Haruskah aku menangisi akan kelukaan yg aku rasai saat ini?Bagaimana lagi harus aku lakukan?Apakah yang perlu aku buktikan lagi untuk mengembalikan semua keadaan seperti biasa?Pada siapa harus aku luahkan semuanya apa yg aku rasa di saat ini??

Hendak menangis, aku biarkan sahaja airmata ini mengalir untuk yang ke berapa kali aku sendiri tidak pasti, namun yang nyata aku memang mudah mengalirkan airmata sejak peristiwa pahit itu...Hingga kini hati aku masih terluka, masih terkilan dgn sikapnya..aku tak faham dan mengerti apa lagi yg dia inginkan dr aku???setiap kali alasannya sama ..dia suruh aku berubah dan aku bukannya bdk sekolah lg, dan dia x suka aku menipunya dan memperbodoh2kan dirinya...MUSTAHIL...TAK MUNGKIN kerana aku amat menyayangi dia...

Apa sj yg aku katakan dan luahkan kpdnya semuanya tiada makna bagi dirinya..Aku tetap di anggap sbg seorg penipu dan perangai spt bdk sekolah..apa sj yg aku lakukan semuanya tidak pernah menyenangkannya..ke mana sj aku pergi semuanya salah..aku keluar dgn sesiapa shj semuanya menjd masalah besar..semuanya salah aku..ada sj silapku di matanya..

Ya Allah ,apakah yg harus aku lakukan lagi untuk mengembalikan keadaan seperti dulu...untuk meyakinkannya akn keikhlasan dan ketulusan hatiku menyayangi dan menyintainya...Sesungguhnya aku terlalu lemah untuk menghadapi semua ini, hanya Engkau sahaja yang mengerti akn penderitaan yg terpendam di hatiku ini....KepadaMu jua tempat aku memohon dan berserah...Kau berilah aku kekuatan supaya aku tabah menghadapi semua ini...Aku terlalu menyayanginya......MissMeyyaZarahttp://www.blogger.com/profile/08466816442909620274noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2194975177306255444.post-77328640665234095542009-11-12T22:31:00.000-08:002009-11-13T00:19:38.916-08:00AKU BUNTU....Aku tak tau dah nak kata apa lagi..harus bagaimana lagi hendak aku lakukan, memang aku terlalu memendam perasaan, terlalu berahsia, terlalu sensitif, terlalu pandai berkata-kata, terlalu tidak berterus-terang, terlalu dan terlalu..semuanya ibarat melampau sesangat..

aku juga terlalu bersedih, terlalu tertekan, terlalu derita..mungkinkah?mungkin ya bg aku tp tidak pada org lain di sekeliling ku dan yang mengenaliku...Mereka melihat dan berkata aku sedang bahagia, nampak gembira, sentiasa terukir senyuman di bibir, sentiasa usik-mengusik, peramah tapi hati aku...hanya aku dan Dia tmpt aku mengadu..

Aku sujud kepada Nya..ku mohon petunjuk dari Nya sentiasa tanpa mengenal jemu..Namun jawapan yg ku temui tetap satu...hatiku tetap merindui dan menyayangi dia, ingatan ku tetap melayang terhadap dia, puas aku nyatakan, aku luahkan, aku buktikan tp dia tetap meraguinya..bagaimana lagi harus aku lakukan???

Pernah terlintas ingin saja ku bawa hati aku yg terluka,terguris, terkilan,tersedu, dan terlara ini pergi meninggalkan segalanya demi mencr erti sebuah ketulusan hati, makna dalam semua pengertian, perleraian sebuah kekusutan, kesimpulan dlm ERTI PERHUBUNGAN INI dan meninggalkan segala2nya ank2, kerja dan semuanya utk sementara waktu...tapi semuanya akn menambahkan dan merumitkan keadaan jika aku pergi tanpa sebrg pesan...tapi itulah yg aku ingin lakukan skrg ini....

Ya Allah berilah aku petunjuk dan hidayahMu..Kurangkanlah bebanan pperasaan yang ku tanggung ini, permudahkanlah setiap apa yang ingin aku lakukan.....Aku terlalu menyayanginya...Hanya kepadaMu tempat aku memohon dan berserah....MissMeyyaZarahttp://www.blogger.com/profile/08466816442909620274noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2194975177306255444.post-46006103361915839632009-11-01T23:41:00.000-08:002009-11-01T23:53:30.574-08:00Coretan 2Sejak akhir-akhir ini ramai kawan2 ku memberi komen ttg diri aku.Mereka semua kata aku semakin kurus!!ya, mmg benar sejak peristiwa sedih berlaku di dlm hidupku aku rasa pilu sekali dan tiada selera untuk makan..Aku semakin susut,berat badan ku turun beberapa kg sejak akhir ini,keluarga ku juga sudah mula perasan dgn perubahan yg mendadak pd diri ku..Aku tau inilah kesan kalau terlalu memendam perasaan..

Memang aku senyum dan ketawa,tp semuanya hanya lakonan sahaja..Hari2 yg aku lalui amat sukar utk aku menerimanya,semakin hari semakin sayang, semakin hari semakin rindu..semakin hari semakin ingin bertemu dengannya,sentiasa ingin berada bersamanya..tp apakan daya, aku mengalah dlm segalanya kini..Mengalah dan terus mengalah..memendam dan terus memendam.Sendiri menanggung segalanya sampai bila aku tidak pasti.Mungkin sampai menutup mata...

Airmata entah yg keberapa kali aku sendiri tidak pasti, sungguh mudah airmata ini mengeluarkan titisan demi titisan, hati ini di siat2 sayu dan pilu...

Biar sampai ke akhir garisan aku rela begini andainya hati ini merelakannya aku akn terus begini..Sukar utk aku melupakannya..sukar utk aku menerima insan lain..sukar utk aku melupakan segalanya hingga ku tutup mata ku sekalipun aku tidak pernah lupa.....MissMeyyaZarahttp://www.blogger.com/profile/08466816442909620274noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2194975177306255444.post-59668347508788520962009-11-01T23:27:00.000-08:002009-11-01T23:36:27.724-08:00coretan hati 1Walau apa pun yg berlaku...aku tetap merindui dirinya.Aku tak bisa melupakan segala-galanya..Hati tidak akn pernah berubah..Datang lah berapa ramai pun sang kumbang di dlm hidup ku namun di ingatan ku dan hati ku tetap si dia...Bagaimana sukarnya aku untuk melupakan bekas kekasih ku, begitu juga sukarnya untuk aku melupakan si dia..Banyak cerita dan kisah suka duka ku bersama si dia...Mr M insan yang amat aku sayangi dan rindui setiap masa...MissMeyyaZarahttp://www.blogger.com/profile/08466816442909620274noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2194975177306255444.post-86230107867603593922009-10-18T06:28:00.000-07:002009-10-18T07:16:12.797-07:00Dia tetap kembali kepadaku...alhamdulillah sejak peristiwa malam itu, selama seminggu aku memendam rasa..

slps apa yg berlaku mlm itu aku jd buntu dan saat itu kedengaran lagu syahdu nyanyian aisyah..dengan tidak semena-mena air mataku mengalir..bukan setitik tapi deras sungguh sederas air terjun..aku jadi tidak keruan, aku baru shj menghantar jay pulang ke rumah sewanya, semasa si dia kol aku br shj keluar dr perumahan rumah sewa jay, aku menangis sepuas-puasnya slps itu, sampai shj di traffic light pantai putri jay kol aku dan nak jumpa aku di caltex katanya ada brg penting miliknya tertggl di dlm kereta ku, so aku pun berpatah semula dan menanti jay di caltex, saat itu airmata masih trus mengalir, aku tidak dpt dan terdaya untuk mengawal perasaan sedih ku ketika itu, sehingga jay sampai mengetuk cermin kereta ku, lantas aku mengesat air mata dan menoleh ke arah lain, jay duduk di sebelah tempat penumpang, aku pula langsung tidak memandangnya.aku cuba mendptkan semula semangat dan kekuatan ku.Aku tidak mahu jay tahu akn masalh yg ku hadapi..mmmg jay x pernah tahu apa yg sdg bergolak di dlm hidupku selama ini..tp dia bukannya budak kecik...

Jay merenungku..dia tau aku br lps menangis,dia bertanya pd ku, namun aku menafikannya dan masih tidak mahu menoleh memandangnya walau berulangkali dia memanggil namaku...Dia menarik wajahku supaya memandangnya, dan ya!ketika itu airmata ku menitis dengan tiba-tiba, mata ku merah dan bengkak sedikit.Jay merenungku dengan wajah yang sayu dan penuh simpati...dia mengesat airmata yg mengalir di pipiku...Dan dia kata sbg seorg sahabat dan teman setia dia tak mahu melihat aku menangis dan jgnlah disimpan segalanya sendirian luahkan shj....Aku serba salah ..kerana Jay memang teman setia ku, dia yg bnyk memberi kegembiraan di saat aku dlm kesedihan..walaupun dia tidak pernah tahu gelora yg melanda di hatiku, namun dia tetap sabar melayan kerenah ku...walaupun dia penat dan mengantuk kerana kerja syif mlm namun dia tetap gagahkan diri semata-mata untuk menemaniku...oh, jay kau memang terlalu baik..

Setelah di desak oleh Jay, lantas aku berterus-terang dengan Jay ttg kisah hidupku, dgn ex-husben ku dahulu, dan shgga lah aku bertemu dgn si Dia...dan mslh yg melanda antara aku dan si Dia...saat itu airmata ku mengalir begitu deras sekali...Jay mendengar dgn penuh setia..dan sehingga kini jay tetap menjd teman setiaku...

Si Dia pula slps mlm itu selama semggu kami tidak dpt jumpa, aku ada cuba menghubungi di pej dua hr slps itu tp dia tidak mahu berckp dgn ku katanya tiada mood dan masih serabut...aku tetap bersabar kerana jay berpesan org yg bersabar akn di beri ganjaran oleh Nya...dan cukup 5 hr dia dtg ke rumah sewa ku dan berjumpa dgn ku...katanya dia terlalu merindui aku....dia keluar dr rumah dlm pukul 11.30pg dan terus ke rumah ku..katanya setiap hr dan saat dia sering terbyg dan terkenang aku...dia memeluk ku erat..dia tidak sangka betapa sukarnya hr2 yg di laluinya sejak isterinya sudah tahu tentang kami...aku faham dan mengerti ..tp apakan daya...yg penting hanya kesabaran yg dpt mengatasi segalanya...MissMeyyaZarahttp://www.blogger.com/profile/08466816442909620274noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2194975177306255444.post-36753070576866359452009-10-08T21:41:00.000-07:002009-10-08T22:20:34.080-07:00aku di belenggu dengan perasaan yang aku sendiri tidak pasti..sejak kelmarin..semalam....sehingga ke hari ini..puncanya sedikit sahaja..tapi bahangnya terasa sampai ke hari ini..dan esok ,lusa aku tak pasti apa lagi...

ptg hr selasa, aku bersama sahabat baik ku jay yang setia menemani aku dari pagi hingga ke malam dan mencari tiket untuk aku bertemu dgn sahabatku di sebuah negeri di Malaysia juga,..sebelum pergi aku minta pendapat seorg insan yang aku sayangi dan cintai sepenuh hati,jiwa dan ragaku...aku tak pasti sama ada nk pergi ke negeri lain dgn bas @ dengan kereta kecil ku sahaja, ptg itu aku call dia dan dia kata lebih jimat naik bas, so aku pun pergilah terminal bas dengan jay sblm maghrib hampir senja gitu....aku membeli tiket awal pagi sesudah subuh...kemudian aku call dia lagi, tp dia kata dia akn call aku balik sebab dia tgh main golf..so aku sabar dan tggu dia call aku...jay yg amat memahami masih setia menemani ku...

tujuan aku bukan apa hanya ingin memaklumkan dia yang aku akn bertolak esk naik bas pukul 7.30pg..dan jika dia berkesempatan tlg ambil aku dan hantar aku ke terminal itu sahaja sebelum aku pergi ingin aku menatap dan mencium tangannya mana tau nak jalan jauh takut tak jumpa terus...(syahdu sungguh aku kan...)tp panggilan dr dia tidak kunjung jua..tepat pukul 8pm aku call dan aku sangka dia belum pulang ke rumah lg..dia pernah berpesan jgn call dia jika dia berada di rumah...akan mengundang bahaya...tp salahkah aku??dia janji akan call aku semula slps habis main golf dlm pukul 7.30pm..namun dia x call so aku budget br stgh jam berlalu mgkn dia masih di luar so aku pun call dia dan dia berckp berbisik dgn aku dia di rumah so aku trus cut off call....then x lama slps itu wife dia call aku semula dan marah-marah...oh!tidak....lagi sekali!masalah!kali ni aku rs lg teruk....then stgh jam kemudian no pulic lal kuar...oh no!rupa2nya dia call aku pakai pulic phone..wife dia dah rampas handfon dia dan mengamuk2 then dia lari keluar dari rumah seketika untuk meredakan keadaan..

aku sungguh sedih dgn apa yg dia ckp dkt aku mlm tu....

oh,percayalah tidak semudah itu untuk aku melupakanmu dan segala apa yang telah kita lalui..aku tau di hatimu kau amat menyayangi ku,namun keadaan telah memaksa...hati dan perasaan tidak boleh di paksa dan d tipu....we still need and love each other...but...oh...only both of us and Allah know...MissMeyyaZarahttp://www.blogger.com/profile/08466816442909620274noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-2194975177306255444.post-34005335104801116922009-10-08T00:31:00.000-07:002009-10-08T00:34:23.497-07:00kelahiran barueh...aku baru dilahirkan rupanya..wah cantiknya dunia blog..best betul dunia blog ni...kenapa aku tak dilahirkan sejak dulu ..sejak dunia blog di wujudkan..kenapa baru sekarang..tapi kelahiran aku belum terlewat lagi rasanya,..aku ingin menjelajahi dunia blog ini..Nantikan saja...MissMeyyaZarahttp://www.blogger.com/profile/08466816442909620274noreply@blogger.com0