Isnin, 28 Jun 2010

Alhamdulillah....

Haish..dah lama aku tak mencoretkan sesuatu yang menggembirakan, beberapa hari dan minggu yang lepas asyik kisah sedih saja yang aku post kan di blog aku..Hari ini aku rasa nak mengpost kan entri dan kisah suka pula.

Kata orang duit dan kemewahan tak menjanjikan kebahagiaan, betul ke???Ada betul dan tidak pada pendapat aku.
Ada duit banyak tapi orang yang kita sayang tiada disisi apa ada rasa??tak best kan...

Tiada duit banyak tapi orang yang kita sayang sentiasa ada disisi apa rasa??Best kan...

Pada aku kedua-duanya penting, tanpa duit kita susah nak bergerak dan tanpa insan tersayang memang hidup tiada bermakna.

Susah macam mana pun jika ada insan yang tersayang disisi memang rasa kurang beban yang ditanggung..Susah dan senang sama di tanggung.Betul tak??Baru la bahagia hidup, sama-sama saling membantu..

Sebagai seorang isteri,teman, kekasih, kawan kena sentiasa memahami dan cuba memberi semangat kepada pasangan..Itulah yang aku sedang lakukan sekarang ini.Berkat doa dan kesabaran Insyaallah segalanya akan kembali pulih..

Kata beberapa orang pakar motivasi hati dan minda ini ada kuasa magnet yang kuat.Pada aku memang benar kenyataan itu, sebab dah banyak kali berlaku pada diri aku sendiri...

Bermula semalam petang, aku memang dapat agak lunch hour suami ku tak datang ke pajabat seperti biasa, memang tepat jangkaan ku,..dan dalam masa yang sama hati dan mindaku bersatu merasakan yang suamiku akan muncul petang nanti di Taman tempat aku selalu bertenang bersama adik-adikku..

Memang betul jangkaan ku, aku nampak kereta suami ku dan kami bertemu di Taman minum petang bersama dan bercerita sehingga ke malam.Esok suamiku akan bersama dengan aku lagi..Alhamdulillah

Pagi-pagi rutin ku seperti biasa, menghantar anak-anak kesekolah kemudian aku terus pergi kerja, tatkala melalui jalan rutin ku,aku lalui jalan-jalan kenangan aku bersama suami tercinta satu ketika dahulu, dan lagi sekali hati dan mindaku bersatu terkenang saat dulu aku yang mempunyai banyak masa bersama suami tercinta, minum pagi bersama,dan aku rindu saat itu.Alangkah bahagianya jika pagi begini aku dapat minum bersama suamiku sebelum memulakan kerja di pejabat.

Owh,alhamdulillah saat aku masuk parking secara tiba-tiba suamiku muncul dan masuk ke dalam keretaku..Ya Allah terima kasih tidak terhingga ku ucapkan kerana Kau telah perkenankan doa ku...Berkat solat subuh dan doa selepas solat subuh...Doa ku telah dimakbulkanNya...Amin....Kami dapat minum bersama hari ini setelah berbulan lamanya kami tidak berpeluang minum bersama kerana kawalan ketat dari maduku sehingga sukar suamiku untuk bergerak bebas.

Aku tak sabar menanti sehingga habis waktu kerja hari ini kerana suamiku telah berjanji hari ini dia akan meluangkan masa bersama aku......Syukur tidak terhingga terhadapMu Ya Allah...

Ahad, 20 Jun 2010

RINTIHAN KU ISTERI MUDA...

Dari awal perkahwinan aku rasa aku yang banyak mengalah..Mengalah dengan isteri pertama.Sebab????perkahwinan kami secara senyap....hanya orang tertentu dan teman rapat sahaja yang mengetahuinya.

Tapi bila rahsia perkahwinan kami terbongkar dan isteri pertama mengetahuinya habis segalanya,suami ku susah nak berjumpa dengan aku dan anak-anak...duit perbelanjaan pun semakin kurang, aku terpkasa berjimat cermat.Aku dan suamiku jarang berjumpa, apatah lagi setelah telefon dan panggilan keluar dan masuk semua telah di kawal oleh isteri pertama, tapi aku tetap sabar...Aku tak melatah, aku terima dengan redha mungkin ada hikmah disebalik semua ini...ada masa sampai seminggu aku tak dapat jumpa dengan suami ku sendiri...duit belanja yang ditinggalkan terpaksa aku jimat-jimatkan....sudah 3 bulan keadaan ku begini...

Jumpa suami waktu lunch sahaja..sebab aku sudah mula kerja semula untuk menambah pendapatan.Kerana kesukaran suami ku...tapi cukup ke wang perbelanjaan ku dengan aku,anak-anak dan keperluan pelajaranku....Dari segi masa pula...masa aku bersama suami ku???masa anak-anak bersama suamiku???aku kerja,belajar dan masa dengan anak-anak..tapi suami ku???owh hanya waktu lunch..aku jadi runsing..

Dulu,aku tidak bekerja masa aku hanya untuk suami,anak-anak dan study....tapi sekarang bila dah bekerja masa memang kurang..apatah lagi masa bersama kawan-kawan....aku rindu kan saat dulu satu ketika dulu,aku mudah ke sana ke mari bersama suami ku...aku ada masa dengan rakan-rakan ku..tapi sekarang semuanya sudah terbatas....

Jumpa dengan suami sekejap tapi bila jumpa nak marah dan gaduh aku mengalah...membawa diri untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan...Hari ini aku memang dah janji dengan kawan-kawan ..memang pagi tadi suami ku ada datang ke tempat kerja tapi aku ingat perjanjian ku tidak jadi, then bila dah nak sampai tgh hari rupa-rupanya jadi..Aku cuba menghubungi suamiku untuk beritahu jumpa di tempat aku dan kawan-kawan ku then aku nak suamiku join sekali sebab aku dah lama tak happy hour dengan suami ku dan kawan-kawan ku..tapi sampai di tempat itu suami ku marah-marah dan meninggikan suara....Aku yang memang nak berterus-terang dan tell the truth terus jadi sedih dan menangis....

Tiada peluang langsung untuk explain what happen...selama 5 hari kami tak jumpa,memang banyak benda yang berlaku sepanjang dia tiada di sini dan selama 5 hari kami tak jumpa..Memang aku nak bercerita dengan suamiku apa yang berlaku selama 5 hari kami tak jumpa tapi tak berpeluang langsung.yang dia tahu marah dia...tapi susah aku???anak-anak aku menghadapi semua ini tidak di kira...hati aku dan perasaan aku??apa yang aku inginkan ada dia tanya???aku cuma nak hidup macam dulu..bukan kemewahan tapi aku nak aku dan suamiku ada masa seperti dulu, ada masa dengan anak-anak aku walaupun sekali dalam seminggu...mudah berjumpa dan dihubungi..Banyak kali aku hilang arah bila aku di landa masalah dan suami ku pula sukar untuk di hubungi...Owh betapa aku rasa sukarnya hidup bermadu..tapi aku terpaksa redha sebab aku telah memilih jalan begini..dan aku sayang suami ku walaupun dalam susah dan senang....

HANYA DIKAU SUAMIKU...

Khamis, 17 Jun 2010

Kesabaran seorg isteri muda....

Aku tau ramai org cakap isteri muda ni selalunya jahat, suka menghasut suami supaya benci isteri pertama, dengki ,tamak dan selalunya isteri muda ni dipersalahkan dan diburukkan...aku rasa ada betul dan ada salahnya, tapi tak semua isteri muda ni sebegitu rupa..

Aku sendiri ingin berkogsi pengalaman ku sebagai seorang isteri no2..ya!memang isteri no2 ni selalu digelar perampas .perampas suami orang tapi kalau kita faham dari segi hukum nya tak salah jika seorang lelaki mampu untuk berkahwin lain, dan kalau kita fikirkan semula ..betul juga apa yang selalu orang kata jangan terlalu membenci dan tidak menyukai sesuatu nanti ia akan berbalik kepada kita..

Banyak yang aku nak kongsi dan nyatakan di sini tapi aku tak tau harus dimulakan dari mana dan yang mana dahulu..saat ini idea memang terlalu banyak mencurah-curah tapi mata ku ini seperti tidak mengizinkan aku dari terus melayari blog ini..Akan aku sambung di entri lain esok..Akan aku sambung kisah ini di entri lain esok..Insyaallah....