Ahad, 20 Jun 2010

RINTIHAN KU ISTERI MUDA...

Dari awal perkahwinan aku rasa aku yang banyak mengalah..Mengalah dengan isteri pertama.Sebab????perkahwinan kami secara senyap....hanya orang tertentu dan teman rapat sahaja yang mengetahuinya.

Tapi bila rahsia perkahwinan kami terbongkar dan isteri pertama mengetahuinya habis segalanya,suami ku susah nak berjumpa dengan aku dan anak-anak...duit perbelanjaan pun semakin kurang, aku terpkasa berjimat cermat.Aku dan suamiku jarang berjumpa, apatah lagi setelah telefon dan panggilan keluar dan masuk semua telah di kawal oleh isteri pertama, tapi aku tetap sabar...Aku tak melatah, aku terima dengan redha mungkin ada hikmah disebalik semua ini...ada masa sampai seminggu aku tak dapat jumpa dengan suami ku sendiri...duit belanja yang ditinggalkan terpaksa aku jimat-jimatkan....sudah 3 bulan keadaan ku begini...

Jumpa suami waktu lunch sahaja..sebab aku sudah mula kerja semula untuk menambah pendapatan.Kerana kesukaran suami ku...tapi cukup ke wang perbelanjaan ku dengan aku,anak-anak dan keperluan pelajaranku....Dari segi masa pula...masa aku bersama suami ku???masa anak-anak bersama suamiku???aku kerja,belajar dan masa dengan anak-anak..tapi suami ku???owh hanya waktu lunch..aku jadi runsing..

Dulu,aku tidak bekerja masa aku hanya untuk suami,anak-anak dan study....tapi sekarang bila dah bekerja masa memang kurang..apatah lagi masa bersama kawan-kawan....aku rindu kan saat dulu satu ketika dulu,aku mudah ke sana ke mari bersama suami ku...aku ada masa dengan rakan-rakan ku..tapi sekarang semuanya sudah terbatas....

Jumpa dengan suami sekejap tapi bila jumpa nak marah dan gaduh aku mengalah...membawa diri untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan...Hari ini aku memang dah janji dengan kawan-kawan ..memang pagi tadi suami ku ada datang ke tempat kerja tapi aku ingat perjanjian ku tidak jadi, then bila dah nak sampai tgh hari rupa-rupanya jadi..Aku cuba menghubungi suamiku untuk beritahu jumpa di tempat aku dan kawan-kawan ku then aku nak suamiku join sekali sebab aku dah lama tak happy hour dengan suami ku dan kawan-kawan ku..tapi sampai di tempat itu suami ku marah-marah dan meninggikan suara....Aku yang memang nak berterus-terang dan tell the truth terus jadi sedih dan menangis....

Tiada peluang langsung untuk explain what happen...selama 5 hari kami tak jumpa,memang banyak benda yang berlaku sepanjang dia tiada di sini dan selama 5 hari kami tak jumpa..Memang aku nak bercerita dengan suamiku apa yang berlaku selama 5 hari kami tak jumpa tapi tak berpeluang langsung.yang dia tahu marah dia...tapi susah aku???anak-anak aku menghadapi semua ini tidak di kira...hati aku dan perasaan aku??apa yang aku inginkan ada dia tanya???aku cuma nak hidup macam dulu..bukan kemewahan tapi aku nak aku dan suamiku ada masa seperti dulu, ada masa dengan anak-anak aku walaupun sekali dalam seminggu...mudah berjumpa dan dihubungi..Banyak kali aku hilang arah bila aku di landa masalah dan suami ku pula sukar untuk di hubungi...Owh betapa aku rasa sukarnya hidup bermadu..tapi aku terpaksa redha sebab aku telah memilih jalan begini..dan aku sayang suami ku walaupun dalam susah dan senang....

HANYA DIKAU SUAMIKU...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan