Isnin, 28 Jun 2010

Alhamdulillah....

Haish..dah lama aku tak mencoretkan sesuatu yang menggembirakan, beberapa hari dan minggu yang lepas asyik kisah sedih saja yang aku post kan di blog aku..Hari ini aku rasa nak mengpost kan entri dan kisah suka pula.

Kata orang duit dan kemewahan tak menjanjikan kebahagiaan, betul ke???Ada betul dan tidak pada pendapat aku.
Ada duit banyak tapi orang yang kita sayang tiada disisi apa ada rasa??tak best kan...

Tiada duit banyak tapi orang yang kita sayang sentiasa ada disisi apa rasa??Best kan...

Pada aku kedua-duanya penting, tanpa duit kita susah nak bergerak dan tanpa insan tersayang memang hidup tiada bermakna.

Susah macam mana pun jika ada insan yang tersayang disisi memang rasa kurang beban yang ditanggung..Susah dan senang sama di tanggung.Betul tak??Baru la bahagia hidup, sama-sama saling membantu..

Sebagai seorang isteri,teman, kekasih, kawan kena sentiasa memahami dan cuba memberi semangat kepada pasangan..Itulah yang aku sedang lakukan sekarang ini.Berkat doa dan kesabaran Insyaallah segalanya akan kembali pulih..

Kata beberapa orang pakar motivasi hati dan minda ini ada kuasa magnet yang kuat.Pada aku memang benar kenyataan itu, sebab dah banyak kali berlaku pada diri aku sendiri...

Bermula semalam petang, aku memang dapat agak lunch hour suami ku tak datang ke pajabat seperti biasa, memang tepat jangkaan ku,..dan dalam masa yang sama hati dan mindaku bersatu merasakan yang suamiku akan muncul petang nanti di Taman tempat aku selalu bertenang bersama adik-adikku..

Memang betul jangkaan ku, aku nampak kereta suami ku dan kami bertemu di Taman minum petang bersama dan bercerita sehingga ke malam.Esok suamiku akan bersama dengan aku lagi..Alhamdulillah

Pagi-pagi rutin ku seperti biasa, menghantar anak-anak kesekolah kemudian aku terus pergi kerja, tatkala melalui jalan rutin ku,aku lalui jalan-jalan kenangan aku bersama suami tercinta satu ketika dahulu, dan lagi sekali hati dan mindaku bersatu terkenang saat dulu aku yang mempunyai banyak masa bersama suami tercinta, minum pagi bersama,dan aku rindu saat itu.Alangkah bahagianya jika pagi begini aku dapat minum bersama suamiku sebelum memulakan kerja di pejabat.

Owh,alhamdulillah saat aku masuk parking secara tiba-tiba suamiku muncul dan masuk ke dalam keretaku..Ya Allah terima kasih tidak terhingga ku ucapkan kerana Kau telah perkenankan doa ku...Berkat solat subuh dan doa selepas solat subuh...Doa ku telah dimakbulkanNya...Amin....Kami dapat minum bersama hari ini setelah berbulan lamanya kami tidak berpeluang minum bersama kerana kawalan ketat dari maduku sehingga sukar suamiku untuk bergerak bebas.

Aku tak sabar menanti sehingga habis waktu kerja hari ini kerana suamiku telah berjanji hari ini dia akan meluangkan masa bersama aku......Syukur tidak terhingga terhadapMu Ya Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan