Selasa, 24 November 2009

DEMI INSAN YG AMAT AKU SAYANGI

Lagi sekali dlm hidup ku...Kenapa mesti ianya berulang lagi???knp ianya berlaku lagi di dalam hidup ku??knp aku harus menanggung lg semua ini??
Memikir dan melakukan sst demi kebahagiaan insan yg amat aku sayangi..Pengorbanan???Mengalah demi insan yang amat aku sayangi dan cintai...Lagi sekali aku biarkan hati aku sakit dan luka dan kecewa semta-mata untuk dia..Untuk kebaikan semua pihak..Lg sekali aku terpaksa melepaskan rs cinta dan syg aku terhadapnya demi kebahagiaan dia dan keluarganya yg sedia ada...

Aku faham dan mengerti aku ini hanya insan ketiga yg hadir dlm hidupnya...Cinta yg hadir dlm hidupku x pernah aku miliki untuk selamanya..Setiap kali aku akn mengalah dan melepaskannya..Demi kebahagiaan dan kebaikan semua pihak..Aku gembira melihat dia bahagia di samping keluarga yg di sayangi dan tercinta..

Aku pula, tetap begini..tetap aku dulu dan kini...sama sahaja...Manusia sering menilai seseorg dr mata kasar sahaja tanpa mengetahui hakikat yang sebenar...Sejak dulu hingga sekarang aku sentiasa memikirkkan tentang perasaan orang, tentang perasaan insan sekeliling ku yg aku sayangi.Menjaga hati demi insan yg aku sayangi..Sehingga menyeksa jiwa ku sendiri...

Hati aku yang lara, ku ubati lukanya sendiri..sejak dulu beginilah aku..Aku gembira dan tersenyum sendiri tatkala melihat insan yg pernah aku sayangi dan cintai bahagia di samping keluarga dan kekasihnya...Rela aku begini, menangis sendirian merawat luka ku sendiri....

Akhirnya aku berjaya membuat diriku sbg pesalah, di hukum atas apa yg sengaja ku lakukan, di nilai dr pandangan mata kasar, di benci dan di lupakan, ..Walaupun pd awlnya amat berat hati aku utk melakukannya, bukan semudah yg di sangka, namun ku gagahi juga hati ini dan diri ini, demi cintaku dan insan yang amat ku sayangi...Ku kuatkan dan ku yakinkan diri ini bahawa aku boleh melakukannya..Ku tabahkan hati ini untuk menghadapi segala kemungkinan walaupun aku tahu perit yang akan aku tanggung..Perit dan penderitaan yg aku sendiri tak tau sampai bila harus ku tanggung??Aku berserah kepada Yang Maha Esa....ALHAMDULILLAH semuanya berjalan dengan lancar..

Bagaimana agaknya ye hr2 yg akn aku lalui slps ini??Semoga ada sinar bahagia yg akn aku miliki satu hr nanti Insyaallah..Amin...

Buat insan yang pernah dan amat aku sayangi dan cintai sekarang ini, terima kasih aku ucapkan kerana sudi menyayangi dan menyintai diri ini..walaupun ikatan kasih antara kita bertahan selama beberapa tahun namun aku tetap bahagia di sampingmu...Dan aku juga rs bahagia tatkala melihat kau bahagia bersama isteri dan ank2 tersyg...Doaku selalu mengiringi mu di mana jua kau pergi dan kau lakukan ..En Azman....nama yang memang dan telah terpahat di hati aku sejak dia mula mengetuk pintu hatiku, menjd penawar dan perawat hati ini ketika diri ini sedang dalam kelukaan dan kecewa kerana cinta seseorang satu ketika dulu.Dia juga yg telah membuatkan aku melupakan insan yg pernah mengecewakan aku dahulu... hingga kini dan selamanya dia tetap di hatiku....

CINTA INI MEMBUNUHKU

KAU MEMBUAT KU BERANTAKAN,
KAU MEMBUAT KU TAK KERUAN,
KAU MEMBUAT KU TAK BERDAYA,
KAU MENOLAKKU, ACUHKAN DIRIKU,

*BAGAIMANA CARANYA UNTUK MERUNTUHKAN KERASNYA HATIMU,
KU SADARI KU TAK SEMPURNA, KU TAK SEPERTI YANG KAU INGINKAN,

**KAU HANCURKAN AKU DGN SIKAPMU,
KAU SADARKAH KAU TELAH MENYAKITIKU,
LELAH HATI INI MEYAKINKANMU, CINTA INI MEMBUNUHKU,

HATI YG KAU SAKITI

JANGAN PERNAH KATAKAN BAHAWA, CINTAMU HANYALAH UNTUKKU, KERNA KINI KAU TELAH MEMBAGINYA...

MAAFKAN JIKA MMG KINI, HARUSKU TGGLKAN DIRIMU, KERNA HATI KU SELALU KAU LUKAI, TAK ADA LAGI YG BISA KU LAKUKAN TANPAMU, KU HANYA BISA MENGATAKAN APA YG KURASA...

KU MENANGIS MEMBAYANGKAN BETAPA KEJAMNYA DIRIMU ATAS DIRIKU,
KAU DUA KAN CINTA INI, KAU PERGI BERSAMANYA, KU MENANGIS MELEPASKAN KEPERGIAN DIRIMU DARI SISI HIDUPKU, HARUS LAH ENGKAU TAU AKULAH HATI YANG TELAH KAU SAKITI.....KU MENANGIS....

HARUS LAH KAU TAU AKULAH HATI YG TELAH ...KAU SAKITI


*Lirik lagu yang memang boleh membuatkan airmata aku mengalir..sama juga dgn lagu kris dayanti -aku wanita biasa-Begitu menusuk kalbu ..Inilah yg aku rs selama ini..Kalau lah aku ini seorg yg bisa menyanyi akn aku nyanyikan lagu ini untuknya ..kerana sudah puas aku nyatakan apa sahaja ttg hati aku ini tp kenyataan ku tak pernah menyenangkannya..Hanya melalui lagu sj dpt aku meluahkannya..

AKU WANITA BIASA

Aku Ini, Wanita Biasa, Bisa Sakit, Luka Karena Cinta, * Dingin Sepi, Kerap Menyapa, Airmata Jatuh, Lukisan Raga, Kadang Ku Kuat, SetegarKarang, Kadang Ku Rapuh, Lemah Liar Merana, Maafkan Aku, Bila Hasrat Ku Keliru, Suluh Ghairah Jiwamu, Ku Yang Dosakan Cinta, Kekasih, Maafkan Aku Bila Hasrat ku Keliru, Suluh Ghairah jiwamu, Ku yang dosakan Cinta, Kekasih Hatiku,

Maafkan aku...

Sabtu, 14 November 2009

SEDIHNYA LAGU NI...

http://www.youtube.com/watch?v=IjHsLEyvkRk

KASIH YG TAK DI ANGGAP

Perlukah aku menangis lagi??Haruskah aku menangisi akan kelukaan yg aku rasai saat ini?Bagaimana lagi harus aku lakukan?Apakah yang perlu aku buktikan lagi untuk mengembalikan semua keadaan seperti biasa?Pada siapa harus aku luahkan semuanya apa yg aku rasa di saat ini??

Hendak menangis, aku biarkan sahaja airmata ini mengalir untuk yang ke berapa kali aku sendiri tidak pasti, namun yang nyata aku memang mudah mengalirkan airmata sejak peristiwa pahit itu...Hingga kini hati aku masih terluka, masih terkilan dgn sikapnya..aku tak faham dan mengerti apa lagi yg dia inginkan dr aku???setiap kali alasannya sama ..dia suruh aku berubah dan aku bukannya bdk sekolah lg, dan dia x suka aku menipunya dan memperbodoh2kan dirinya...MUSTAHIL...TAK MUNGKIN kerana aku amat menyayangi dia...

Apa sj yg aku katakan dan luahkan kpdnya semuanya tiada makna bagi dirinya..Aku tetap di anggap sbg seorg penipu dan perangai spt bdk sekolah..apa sj yg aku lakukan semuanya tidak pernah menyenangkannya..ke mana sj aku pergi semuanya salah..aku keluar dgn sesiapa shj semuanya menjd masalah besar..semuanya salah aku..ada sj silapku di matanya..

Ya Allah ,apakah yg harus aku lakukan lagi untuk mengembalikan keadaan seperti dulu...untuk meyakinkannya akn keikhlasan dan ketulusan hatiku menyayangi dan menyintainya...Sesungguhnya aku terlalu lemah untuk menghadapi semua ini, hanya Engkau sahaja yang mengerti akn penderitaan yg terpendam di hatiku ini....KepadaMu jua tempat aku memohon dan berserah...Kau berilah aku kekuatan supaya aku tabah menghadapi semua ini...Aku terlalu menyayanginya......

Khamis, 12 November 2009

AKU BUNTU....

Aku tak tau dah nak kata apa lagi..harus bagaimana lagi hendak aku lakukan, memang aku terlalu memendam perasaan, terlalu berahsia, terlalu sensitif, terlalu pandai berkata-kata, terlalu tidak berterus-terang, terlalu dan terlalu..semuanya ibarat melampau sesangat..

aku juga terlalu bersedih, terlalu tertekan, terlalu derita..mungkinkah?mungkin ya bg aku tp tidak pada org lain di sekeliling ku dan yang mengenaliku...Mereka melihat dan berkata aku sedang bahagia, nampak gembira, sentiasa terukir senyuman di bibir, sentiasa usik-mengusik, peramah tapi hati aku...hanya aku dan Dia tmpt aku mengadu..

Aku sujud kepada Nya..ku mohon petunjuk dari Nya sentiasa tanpa mengenal jemu..Namun jawapan yg ku temui tetap satu...hatiku tetap merindui dan menyayangi dia, ingatan ku tetap melayang terhadap dia, puas aku nyatakan, aku luahkan, aku buktikan tp dia tetap meraguinya..bagaimana lagi harus aku lakukan???

Pernah terlintas ingin saja ku bawa hati aku yg terluka,terguris, terkilan,tersedu, dan terlara ini pergi meninggalkan segalanya demi mencr erti sebuah ketulusan hati, makna dalam semua pengertian, perleraian sebuah kekusutan, kesimpulan dlm ERTI PERHUBUNGAN INI dan meninggalkan segala2nya ank2, kerja dan semuanya utk sementara waktu...tapi semuanya akn menambahkan dan merumitkan keadaan jika aku pergi tanpa sebrg pesan...tapi itulah yg aku ingin lakukan skrg ini....

Ya Allah berilah aku petunjuk dan hidayahMu..Kurangkanlah bebanan pperasaan yang ku tanggung ini, permudahkanlah setiap apa yang ingin aku lakukan.....Aku terlalu menyayanginya...Hanya kepadaMu tempat aku memohon dan berserah....

Ahad, 1 November 2009

Coretan 2

Sejak akhir-akhir ini ramai kawan2 ku memberi komen ttg diri aku.Mereka semua kata aku semakin kurus!!ya, mmg benar sejak peristiwa sedih berlaku di dlm hidupku aku rasa pilu sekali dan tiada selera untuk makan..Aku semakin susut,berat badan ku turun beberapa kg sejak akhir ini,keluarga ku juga sudah mula perasan dgn perubahan yg mendadak pd diri ku..Aku tau inilah kesan kalau terlalu memendam perasaan..

Memang aku senyum dan ketawa,tp semuanya hanya lakonan sahaja..Hari2 yg aku lalui amat sukar utk aku menerimanya,semakin hari semakin sayang, semakin hari semakin rindu..semakin hari semakin ingin bertemu dengannya,sentiasa ingin berada bersamanya..tp apakan daya, aku mengalah dlm segalanya kini..Mengalah dan terus mengalah..memendam dan terus memendam.Sendiri menanggung segalanya sampai bila aku tidak pasti.Mungkin sampai menutup mata...

Airmata entah yg keberapa kali aku sendiri tidak pasti, sungguh mudah airmata ini mengeluarkan titisan demi titisan, hati ini di siat2 sayu dan pilu...

Biar sampai ke akhir garisan aku rela begini andainya hati ini merelakannya aku akn terus begini..Sukar utk aku melupakannya..sukar utk aku menerima insan lain..sukar utk aku melupakan segalanya hingga ku tutup mata ku sekalipun aku tidak pernah lupa.....

coretan hati 1

Walau apa pun yg berlaku...aku tetap merindui dirinya.Aku tak bisa melupakan segala-galanya..Hati tidak akn pernah berubah..Datang lah berapa ramai pun sang kumbang di dlm hidup ku namun di ingatan ku dan hati ku tetap si dia...Bagaimana sukarnya aku untuk melupakan bekas kekasih ku, begitu juga sukarnya untuk aku melupakan si dia..Banyak cerita dan kisah suka duka ku bersama si dia...Mr M insan yang amat aku sayangi dan rindui setiap masa...

Ahad, 18 Oktober 2009

Dia tetap kembali kepadaku...

alhamdulillah sejak peristiwa malam itu, selama seminggu aku memendam rasa..

slps apa yg berlaku mlm itu aku jd buntu dan saat itu kedengaran lagu syahdu nyanyian aisyah..dengan tidak semena-mena air mataku mengalir..bukan setitik tapi deras sungguh sederas air terjun..aku jadi tidak keruan, aku baru shj menghantar jay pulang ke rumah sewanya, semasa si dia kol aku br shj keluar dr perumahan rumah sewa jay, aku menangis sepuas-puasnya slps itu, sampai shj di traffic light pantai putri jay kol aku dan nak jumpa aku di caltex katanya ada brg penting miliknya tertggl di dlm kereta ku, so aku pun berpatah semula dan menanti jay di caltex, saat itu airmata masih trus mengalir, aku tidak dpt dan terdaya untuk mengawal perasaan sedih ku ketika itu, sehingga jay sampai mengetuk cermin kereta ku, lantas aku mengesat air mata dan menoleh ke arah lain, jay duduk di sebelah tempat penumpang, aku pula langsung tidak memandangnya.aku cuba mendptkan semula semangat dan kekuatan ku.Aku tidak mahu jay tahu akn masalh yg ku hadapi..mmmg jay x pernah tahu apa yg sdg bergolak di dlm hidupku selama ini..tp dia bukannya budak kecik...

Jay merenungku..dia tau aku br lps menangis,dia bertanya pd ku, namun aku menafikannya dan masih tidak mahu menoleh memandangnya walau berulangkali dia memanggil namaku...Dia menarik wajahku supaya memandangnya, dan ya!ketika itu airmata ku menitis dengan tiba-tiba, mata ku merah dan bengkak sedikit.Jay merenungku dengan wajah yang sayu dan penuh simpati...dia mengesat airmata yg mengalir di pipiku...Dan dia kata sbg seorg sahabat dan teman setia dia tak mahu melihat aku menangis dan jgnlah disimpan segalanya sendirian luahkan shj....Aku serba salah ..kerana Jay memang teman setia ku, dia yg bnyk memberi kegembiraan di saat aku dlm kesedihan..walaupun dia tidak pernah tahu gelora yg melanda di hatiku, namun dia tetap sabar melayan kerenah ku...walaupun dia penat dan mengantuk kerana kerja syif mlm namun dia tetap gagahkan diri semata-mata untuk menemaniku...oh, jay kau memang terlalu baik..

Setelah di desak oleh Jay, lantas aku berterus-terang dengan Jay ttg kisah hidupku, dgn ex-husben ku dahulu, dan shgga lah aku bertemu dgn si Dia...dan mslh yg melanda antara aku dan si Dia...saat itu airmata ku mengalir begitu deras sekali...Jay mendengar dgn penuh setia..dan sehingga kini jay tetap menjd teman setiaku...

Si Dia pula slps mlm itu selama semggu kami tidak dpt jumpa, aku ada cuba menghubungi di pej dua hr slps itu tp dia tidak mahu berckp dgn ku katanya tiada mood dan masih serabut...aku tetap bersabar kerana jay berpesan org yg bersabar akn di beri ganjaran oleh Nya...dan cukup 5 hr dia dtg ke rumah sewa ku dan berjumpa dgn ku...katanya dia terlalu merindui aku....dia keluar dr rumah dlm pukul 11.30pg dan terus ke rumah ku..katanya setiap hr dan saat dia sering terbyg dan terkenang aku...dia memeluk ku erat..dia tidak sangka betapa sukarnya hr2 yg di laluinya sejak isterinya sudah tahu tentang kami...aku faham dan mengerti ..tp apakan daya...yg penting hanya kesabaran yg dpt mengatasi segalanya...

Khamis, 8 Oktober 2009

aku di belenggu dengan perasaan yang aku sendiri tidak pasti..sejak kelmarin..semalam....sehingga ke hari ini..puncanya sedikit sahaja..tapi bahangnya terasa sampai ke hari ini..dan esok ,lusa aku tak pasti apa lagi...

ptg hr selasa, aku bersama sahabat baik ku jay yang setia menemani aku dari pagi hingga ke malam dan mencari tiket untuk aku bertemu dgn sahabatku di sebuah negeri di Malaysia juga,..sebelum pergi aku minta pendapat seorg insan yang aku sayangi dan cintai sepenuh hati,jiwa dan ragaku...aku tak pasti sama ada nk pergi ke negeri lain dgn bas @ dengan kereta kecil ku sahaja, ptg itu aku call dia dan dia kata lebih jimat naik bas, so aku pun pergilah terminal bas dengan jay sblm maghrib hampir senja gitu....aku membeli tiket awal pagi sesudah subuh...kemudian aku call dia lagi, tp dia kata dia akn call aku balik sebab dia tgh main golf..so aku sabar dan tggu dia call aku...jay yg amat memahami masih setia menemani ku...

tujuan aku bukan apa hanya ingin memaklumkan dia yang aku akn bertolak esk naik bas pukul 7.30pg..dan jika dia berkesempatan tlg ambil aku dan hantar aku ke terminal itu sahaja sebelum aku pergi ingin aku menatap dan mencium tangannya mana tau nak jalan jauh takut tak jumpa terus...(syahdu sungguh aku kan...)tp panggilan dr dia tidak kunjung jua..tepat pukul 8pm aku call dan aku sangka dia belum pulang ke rumah lg..dia pernah berpesan jgn call dia jika dia berada di rumah...akan mengundang bahaya...tp salahkah aku??dia janji akan call aku semula slps habis main golf dlm pukul 7.30pm..namun dia x call so aku budget br stgh jam berlalu mgkn dia masih di luar so aku pun call dia dan dia berckp berbisik dgn aku dia di rumah so aku trus cut off call....then x lama slps itu wife dia call aku semula dan marah-marah...oh!tidak....lagi sekali!masalah!kali ni aku rs lg teruk....then stgh jam kemudian no pulic lal kuar...oh no!rupa2nya dia call aku pakai pulic phone..wife dia dah rampas handfon dia dan mengamuk2 then dia lari keluar dari rumah seketika untuk meredakan keadaan..

aku sungguh sedih dgn apa yg dia ckp dkt aku mlm tu....

oh,percayalah tidak semudah itu untuk aku melupakanmu dan segala apa yang telah kita lalui..aku tau di hatimu kau amat menyayangi ku,namun keadaan telah memaksa...hati dan perasaan tidak boleh di paksa dan d tipu....we still need and love each other...but...oh...only both of us and Allah know...

kelahiran baru

eh...aku baru dilahirkan rupanya..wah cantiknya dunia blog..best betul dunia blog ni...kenapa aku tak dilahirkan sejak dulu ..sejak dunia blog di wujudkan..kenapa baru sekarang..tapi kelahiran aku belum terlewat lagi rasanya,..aku ingin menjelajahi dunia blog ini..Nantikan saja...